SHOPPE

Ibu Syaitan Kurung Anak Dalam Almari Selama 3 Tahun

Share:
Ibu Syaitan Kurung Anak Dalam Almari Selama 3 Tahun



APA la dosa budak ini sehingga dibunuh oleh ibunya? Yonatan Daniel Aguilar yang berusia 11 tahun telah dikurung di dalam almari dan disuntik dengan ubat tidur selama tiga tahun oleh ibunya di rumah mereka di Los Angeles, tanpa diketahui sesiapapun.




Penderitaan yang dialaminya itu berakhir apabila Yonatan akhirnya meninggal dunia.

Ibunya, Veronica Aguilar sebelum ini mendakwa anaknya itu telah dihantar ke sebuah institusi pengajian di Mexico sejak 2013.

Hanya adik lelakinya yang berusia tiga tahun sahaja mengetahui bahawa abangnya itu dikurung di dalam almari tetapi dia dilarang memberitahu perkara berkenaan kepada sesiapapun.

Malah bapa tiri mereka, Jose Pinzon sendiri tidak mengetahui bahawa anak tirinya itu yang menghidap autistik, sepanjang masa berada di dalam rumah terbabit.

Semuanya terbongkar apabila Aguilar dipercayai memberitahu Pinzon bahawa Yonatan telah meninggal dunia pada 22 Ogos lalu, yang membawa kepada penemuan mayat budak itu di dalam almari.

Sebaik melihat mayat anak tirinya, Pinzon telah melaporkannya kepada polis. Aguilar akhirnya ditahan. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh.

Mayat Yonatan ditemui dalam keadaan menyedihkan dengan beratnya hanya 15.8kg sahaja dan dikelilingi dengan botol-botol ubat dipercayai bagi membantunya tidur.

Sementara ibunya pula sebelum ini tidak pernah disiasat oleh polis, pekerja kebajikan dan sekolah, walaupun terdapat dakwaan berlaku penderaan terhadap budak berkenaan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah