SHOPPE

Taktik Licik Pencuri Curi Waktu Malam, Pulang Esok Hari

Share:
Taktik Licik Pencuri Curi Waktu Malam, Pulang Esok Hari



GARA-gara mahu berlagak kaya raya, seorang lelaki dari Hangzhou, China sanggup berulang kali mencuri kereta mewah bernilai yuan 993,704 (RM611,287) pada waktu malam dan memulangkan kembali kenderaan itu pada keesokan harinya.




Bagi mengaburi mata pemilik kereta itu, Zhang, 19, bertindak ‘bijak’ dengan memulangkan kereta Range Rover itu dalam keadaan yang bersih dan tangki minyak sentiasa dipenuhkan.

Bagaimanapun, kegiatan liciknya terbongkar apabila dia meminjam kereta itu dua malam berturut-turut menyebabkan pemilik kereta, Wang, berasa curiga lalu membuat laporan polis.

Setibanya polis keesokan pagi di tempat parkir untuk menyiasat mengenai kehilangan kereta mewah itu, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati kenderaan berkenaan sudah berada di tempat asalnya.


Ekoran itu, pihak polis segera melakukan pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati seorang lelaki muda sering memandu kereta itu pada waktu malam dan mengembalikan semulapada keesokan hari, kebiasaannya pada jam 6 pagi.

Pihak polis kemudian memasang perangkap untuk menangkap Zhang ketika dia kembali memulangkan kereta itu dalam kejadian baru-baru ini.

Ketika disoal siasat, Zhan memberitahu dia tidak berniat mencuri kereta itu namun dia meminjamnya kerana mahu menunjuk-nunjuk pada rakan-rakan dan gadis-gadis di kawasan sekitar West Lake.

Berikutan itu, Zhang dipenjara selama 15 hari dan didenda sebanyak 500 RMB (RM 300).




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah