SEORANG model telah menyaman pendandan rambut sebanyak RM20 juta kerana didakwa cuai dan melulu ketika memotong rambutnya dalam satu pertunjukan di depan khalayak ramai.
Saman berkenaan telah dikemukakan bagi pihak Michelle Kalinkina yang mendakwa Martino Cartier memotong rambutnya dengan terlalu pantas hingga terdapat parut di lehernya.
Martino, sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan keadaan selamat dan berhati-hati. Michele, 23, yang mempunya ketinggian 5 kaki 10 inci itu mendakwa mengalami `sakit, kejutan dan tekanan mental’.
Tuntutan berkenaan difailkan di mahkamah Manhattan, melibatkan kejadian yang berlaku pada 7 Mac lalu di pusat konvensyen Jacob Javits.
Dalam pada itu, Martino yang berpengkalan di New York, pernah muncul dalam beberapa penerbitan majalah terkenal termasuk Vogue dan The Golden Globes. Dia bagaimanapun belum memberikan maklumbalas mengenai saman terbabit.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)