SHOPPE

Naik Motor Telanjang Bulat Dah Gila Ke Apa

Share:
Naik Motor Telanjang Bulat Dah Gila Ke Apa


MEMANG GILA… Satu rakaman video yang dimuat naik oleh laman Metafora Anafora memaparkan kejadian seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan telanjang bulat.




Ia jelas menunjukkan seorang lelaki bertubuh gempal dirakam menunggang sebuah motosikal berwarna merah tanpa seurat benang di  atas sebatang jalan raya.

Walau bagaimanapun, individu yang tidak diketahui identitinya itu dilihat masih menitikberatkan keselamatannya kerana tidak lupa pula untuk memakai topi keledar.

Video pendek berdurasi kurang 30 saat itu diambil oleh beberapa individu lelaki dari dalam sebuah lori yang turut melalui jalan berkenaan.


Menerusi video yang tersebar, kedengaran suara kelindan lori itu ketawa terbahak-bahak dengan insiden yang jarang-jarang dilihat mereka yang dirasakan sebagai kelakar.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu dirakam kerana laman tersebut tidak memaparkan informasi terperinci berkaitan insiden tersebut.

Pelbagai komen yang dilontarkan oleh netizen terhadap video yang tersebar itu sama ada dalam bentuk jenaka mahupun hinaan.

Antara komen dari netizen ialah “Sangka baik…dia punya baju kena curi…kesian..patut bagi laaa kain ke ape…sejuk bebird dia…kang jadi angry bird baru korang taw,” tulis Mohd Hafiz.

Manakala Irwan Shah Shaharudin pula; “Kesialan apekah ni..nak kata hari panas pun tak. Mana pegi baju, seluar ko setannnnnnnnn…??,” katanya.

“Ni JAIS buat serbu kat hotel tapi dia dapat loluskan diri…,” tulis Que Que.


-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah