SHOPPE

Ngeri!!!...Nenek Muntah Jarum Emas, Kalau Orang Santau Biasa Keluar Paku Dan Kaca

Share:
Ngeri!!!...Nenek Muntah Jarum Emas, Kalau Orang Santau Biasa Keluar Paku Dan Kaca




KUALA LUMPUR – “Nenek muntah jarum !. Kalau orang santau biasa keluar segala paku segala kaca, tapi nenek aku keluar jarum. Jarum jahit yang besar-besar tu,” Tulis seorang pelayar laman Facebook yang berkongsi kisahnya.




Pelayar yang merupakan seorang pelajar TESL di UIA berkongsi pengalamannya dengan menceritakan hari-hari terakhir arwah neneknya yang hanya duduk di kerusi mesin jahit.

Katanya, keadaan neneknya di sebelah pagi dan petang sangat aktif menjahit namun pada sebelah malamnya sakit tenat dan melarat.

“Jarum mesin yang warna emas. Banyakkkk!!! Allah… Aku ngeri tengok nenek macam tu. Sumpah weh!! Nenek aku umur 89 tahun, kudrat dia untuk muntah jarum tu buatkan aku menangis,”katanya.

Menerusi perkongsian tulisan Mesin Jahit Berhantu ini, ceritanya bermula apabila penulis sekeluarga berpindah ke kampung selepas ayahnya berpencen.

“Aku tak berapa suka duduk umah nenek sebab rumah nenek rasa seram lain macam. Aku pun tak tahu nak beritahu macam mana.

“Sepanjang nenek sakit, ibu tak menjahit. Ibu jaga nenek sampailah satu hari, aku bangun dari tidur, aku terperanjat tengok nenek duduk di bangku dan menjahit! Padahal semalamnya aku tengok nenek terlantar sakit di katil.

“Melihat perkara pelik itu, aku segera bertanyakan kepada ibu. Ibu cakap, nenek sakit sebab rindu nak menjahit macam zaman muda. Aku diamkan aje,”katanya.

Menurutnya, ada sebuah mesih lama yang sangat cantik berukiran dilengkapi jarum emas dalam sebuah bilik di rumah nenek. Tapi apa yang menghairankan penulis, dia tidak tahu itu mesin jahit itu kepunyaan siapa.

“Tapi aku pelik ni mesin siapa, sebab ibu pakai mesin letrik. Mana datang mesin goyang pakai kaki ni. Elok aku nak dekat dengan mesin tu, nenek aku ada kat sebelah. Perghhhhh!!!! Sumpah wehh aku rasa nak mati time tu sebab terkejut!

“Aku tanya nenek, bile nenek sampai. Dia diam je. Die hanya hulur aku kain putih, dia cakap tolong jahitkan tepi.

“Aku dengan muka tak basuh pun duduk kat bangku mesin tu. Kau tahu apa jadi lepas aku duduk? Aku rasa mata aku gelap! Gelap weyh! tak nampak apa-apa. Aku terus bangun.. Aku mengucap banyak-banyak, istigfhar banyak.. aku terus keluar dari bilik tu,”katanya.

Satu malam, penulis minta ibunya tidur dengannya di bilik tersebut. Bagaimanapun, dia terjaga pada tengah malam.

“Aku terjaga pun sebab dengar bunyi mesin jahit kaki yang agak bingit disebabkan karat. Aku buka mata, terperanjat ‘beruk’ aku bila tengok di mesin jahit ada seorang perempuan tua berambut panjang duduk di bangku mesin membelakangkan aku sedang asyik menjahit. Aku ingatkan ibu!!

“Aku nak menjerit tapi suara aku tak ada! Tak ada!! Aku tak tahu mana hilang suara aku. Aku diamkan je.. Aku pejamkan mata, dalam hati aku baca ayat Qursi sebanyak mampu,”katanya

Katanya, selepas beberapa kali terlihat benda tersebut, dia ke rumah ustaz bersama seorang rakan sekelasnya.

Penulis berkata, selepas berjumpa ustaz tersebut, dia diminta mesti memberikan nenek minum air ruqyah tersebut.

Tambahnya, benda sama berlaku untuk beberapa malam. Penulis tidak dapat tidur di katil kerana terasa berat sebelah katilnya.

“Malam 3 hari selepas kejadian, aku dengan ibu baca yasin dekat katil nenek. Sebab malam saja mula nenek sakit teruk. Dari awal kami datang tak bagi kita orang baca yasin kat dia sebab dia kata bising dia nak tidur. Tapi kali ni aku berkeras cakap kat ibu, nak baca yasin kat katil nenek. Sangkaan aku, nenek terlantar, dia tak dapat buat apa-apa kat aku dan ibu yang tengah baca yasin.

“Tapi malangnya, sangkaan aku salah. Mesin jahit kat bilik tidur aku kat sebelah kuat gila bunyi. Macam orang menjahit ganas tu! Ibu dah mula nangis dan berhenti baca, aku tahu ibu takut sebenarnya. aku cuba kuatkan semangat, aku baca sekuat hati. Nenek dah menggelupur kata dia sakit. Aku peduli apa! Aku tak nak benda ni beralih kat ibu aku. Aku pun taknak!! Nenek tak ada anak lain dah selain ibu lepas semua anak-anak lain tak hiraukan dia,”tulisnya.

Menurut penulis selepas habis membaca yasin, kelihatan neneknya berdarah mulut dan keluar sangat banyak jarum.

“Aku tengok kaki nenek mengelupas teruk. Pecah-pecah dan mula berdarah. Aku mula menangis. Menangis sebab aku kesian kat nenek. Dia tua kot! Kenapa hantu ni jahat sangat!!!! Aku habis baca yasin, aku lap muka nenek sambil selawat. Kau nak tau muka nenek aku macam mana masa tu? Mcm mayat yang dah bertahun mati!! Muka nenek teruk!!! Teruk seteruknya!!.

“Pak imam azankan bilik nenek, aku yang kat luar mula bingit dengan bunyi mesin jahit kat bilik aku tu. Kuatnya nauzubillah. Ditambah dengan bau busuk yang teramat. Imam azankan setiap penjuru rumah. Makin imam kuat laungkan azan, makin kuat aku dengar bunyi mesin tu. Kaki nenek habis pecah-pecah sebab jarum semua keluar dari kaki dia, muntah tak yah cakap laa.. Aku rasa beratus batang jarum dalam baldi tu dia muntahkan.

“Aku hanya mampu nangis. Ibu pun sama. Nenek pegang tangan ibu, nenek mintak ibu terima. Tapi aku tegas cakap kat ibu utk jangan terima!!! Sekali kalau terima, inilah akibatnya nanti! Ibu antara dua. Nak terima atau tak. Sb aku tahu ibu kesian tengok nenek. Ustaz kata jangan terima. Nanti akhirnya begini,”tulisnya lagi.

Menurut penulis, selepas meminta ibunya bercakap jujur, ibunya menceritakan penulis merupakan anak ke empat. Tiga atasnya adalah abang dan kakaknya yang meninggal dunia masa dalam janin kerana jadi makanan hantu raya neneknya.

“Ibu cakap dulu nenek orang susah, amik upah menjahit je untuk sara ibu  dan adik beradik dia. Jadi nenek bela saka, ambik susuk dan bela hantu raya supaya pelanggan sentiasa ada. Atuk meninggal lepas berjaya buang satu daripada susuk yang nenek pakai.

“Ibu cakap lagi, mesin jahit tu nenek dah puja supaya tak berat untuk dia menjahit. Ibu rahsiakan benda ni dari aku sejak aku kecik! Aku geram gila dengan ibu masa tu. Tapi aku pikir, ibu tak salah. Yang salah mak dia!,”katanya.

Penulis yang mengakhiri ceritanya menulis, dengan bantuan seorang ustaz dari Pusat Perubatan Darul Syifa’ membaca ayat pada jarum emas di mesin jahit nenek untuk membuang saka yang dibela oleh arwah neneknya itu. Selepas itu nenek dapat menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bagaimanapun, penulis berkata, dia kini tidak boleh leka dan lalai dari menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim sejati iaitu tidak meninggalkan solat dan mengamalkan bacaan ruqyah.

Dalam pada itu, penulis turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak mengamalkan perkara khurafat yang akhirnya memakan diri dan menyebabkan kesengsaraan keturunan pada masa depan.

“Aku mohon, jangan lah amek benda-benda macam ini dalam kehidupan. Aku hanya cerita untuk pengajaran bukan untuk aibkan nenek aku. Nenek aku dah meninggal lebih 3 tahun. Sekian dulu dari aku yang masih dalam trauma dan ketakutan,”akhirinya.-SuaraTV



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah