SHOPPE

Pilu!!!...Gadis 12 Tahun Maut Selepas Ambil Gambar Ditebing Bangunan 17 Tingkat

Share:
Pilu!!!...Gadis 12 Tahun Maut Selepas Ambil Gambar Ditebing Bangunan 17 Tingkat



Seorang gadis maut selepas cubaannya memanjat tebing di tingkat 17 blok rumah pangsapuri untuk berswafoto gagal dan terjatuh.




Remaja berusia 12 tahun itu dikenali sebagai Oksana B menghantar gambarnya itu kepada rakan baiknya detik itu sebelum meninggal dunia.

Menurut laporan, rakannya menyedari gambar itu diambil di kawasan berbahaya dan cuba menghubungi Oksana namun gagal sebelum bertindak menghantar gambar tersebut kepada ibu mangsa.

Mayat mangsa ditemui oleh pejalan kaki yang kemudiannya melaporkan kepada pihak berkuasa.

Memetik Metro.uk, polis percaya, mangsa hilang imbangan semasa duduk di atas besi penghadang balkoni dan terjatuh.


Tragedi itu berlaku di bandar Prem, tengah Rusia kira-kira 900 batu timur Moscow.

Beberapa ketika sebelum kematiannya, Oksana menulis nota kepada rakannya yang tidak dinamakan di laman sosial Rusia Vkontakte memberitahu bertapa berharganya persahabatan mereka.

Sebelum itu, Oksana memberitahu ibunya dia mahu naik ke tingkat atas rumahnya itu untuk mengambil gambar.-Sinar Harian



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah