SHOPPE

Punyai 97 Isteri, Warga Emas Ada Hati Nak Kahwin Lagi

Share:
Punyai 97 Isteri, Warga Emas Ada Hati Nak Kahwin Lagi



SEORANG lelaki warga Nigeria berusia 92 tahun berkeras untuk mendirikan rumah tangga kerana mendakwa dirinya masih lagi ‘mampu’.




Mohammed Bello Aboubakar berasal dari Bida pernah berkahwin dengan 107 wanita dan mendakwa tindakannya itu adalah demi memenuhi seruan Ilahi.


Menurut sebuah laman web negara itu, Punch, Bello pernah bercerai sebanyak 10 kali menjadikan bilangan isterinya yang ada dan masih bertahan dengannya ialah berjumlah 97 orang.

Tambah laman itu, sebahagian besar dari 185 anaknya ada yang telah meninggal dunia.

Namun warga emas ini masih ‘bertenaga’ untuk berkahwin lagi dan menolak khabar angin yang mengatakan dirinya telah meninggal dunia.

“Sayangku, saya masih hidup, bernafas dan sangat sihat.

“Khabar angin itu tidak berasas dan disebarkan mereka yang tidak menyukai saya kerana mereka iri hati atas anugerah Tuhan kepada saya.

“Apa yang saya lakukan selama ini adalah panggilan Tuhan. Ini adalah tugas dari Tuhan dan saya akan tetap melakukannya hingga akhir hayat saya,” jelasnya.


Terdahulu, Bello pernah viral memiliki 86 orang isteri dan kisahnya menjadi bualan hangat media massa seluruh dunia.

Malah dia juga pernah berselisih pendapat dengan ulama negara itu dengan bilangan wanita yang boleh dipoligami.

Menurut Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan mempunyai maksimum empat orang isteri sekiranya dia mampu untuk melayani semua isterinya dengan adil.

Walau bagaimanapun, dalam tafsiran Bello, ajaran Islam tidak memberi seseorang batasan seberapa banyak wanita yang boleh dinikahi selagi lelaki itu sihat dan mampu melakukannya.

Susulan fahaman yang salah itu, Bello ditahan pada 2008 atas perintah Mahkamah Syariah namun dibebaskan pada tahun sama.

Pembebasan itu disertakan dengan syarat bahawa dia perlu menceraikan 82 daripada 86 isterinya, namun Bello tidak mengendahkan hal tersebut.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah