SHOPPE

Saya Pening Digangu Suami Orang-Ainul Aishah

Share:
Saya Pening Digangu Suami Orang-Ainul Aishah




SHAH ALAM: Meniti usia 30 tahun, pelakon Ainul Aishah mengakui tertekan apabila melihat rakan sebaya bertemu jodoh dan menimang cahaya mata sedangkan dirinya masih bersendirian tanpa kekasih hati.




Akur dan yakin perancangan Tuhan adalah yang terbaik, Ainul percaya dirinya akan bertemu jodoh apabila tiba masanya nanti. "Sejak usia menjangkau 30 tahun, hati saya tersentuh setiap kali melihat teman sebaya bertemu jodoh dan dikurniakan cahaya mata.

"Apabila perasaan itu datang, saya terfikir betapa bertuahnya mereka dapat melalui pengalaman itu sedangkan saya masih belum pasti dengan apa yang menanti.

"Mungkin belum masanya untuk saya melalui semua itu dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

Saya serahkan semua urusan itu kepada Allah tanpa terlalu membebankan diri memikirkan soal jodoh," katanya. Kematangan usia juga membuatkan pelakon Lara Aishah ini lebih berhati-hati dalam soal jodoh.

Ainul mengakui, pening apabila sering didekati suami orang yang mencuba nasib untuk memenangi hatinya.

Sebagai wanita, Ainul hanya mendambakan kehadiran lelaki yang serasi dan mampu membimbingnya ke arah kebaikan serta tidak mengaburi matanya dengan kemewahan semata-mata.

"Saya tidak mahu berkahwin hanya kerana memikirkan usia sudah meningkat. Pastinya, saya mengharapkan yang terbaik kerana mahu perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Saya juga berharap lelaki tidak salah anggap atau takut untuk mendekati kerana saya juga sama seperti wanita lain, walaupun aktif dengan kerjaya seni dan membina perniagaan sendiri," katanya.

Mengenai kerjaya seninya, Ainul melahirkan rasa teruja apabila ditawarkan berlakon dalam pementasan teater Putera La Galigo yang akan menemui penonton 16 hingga 18 Disember ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ainul berkata, ia kali pertama dirinya beraksi di pentas teater membawakan watak Awan iaitu rakan kepada Puteri Perak lakonan Tasha Shilla.

"Saya perlu menyanyi dan bersilat dalam teater ini dan tuntutan itu memberikan saya cabaran baharu keranan banyak yang perlu saya kuasai untuk tampil meyakinkan nanti," katanya.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah