SHOPPE

Keji!!!...Wanita Jatuh Tersembam Diserang Lelaki Tak Dikenali

Share:
Keji!!!...Wanita Jatuh Tersembam Diserang Lelaki Tak Dikenali



SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen kereta api di Berlin, German merakam nasib malang seorang wanita ditendang semasa menuruni tangga hingga tersembam ke lantai.




Menerusi CCTV itu, mangsa yang memakai pakaian serba hitam dihampiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali memegang minuman beralkohol dan rokok dari arah belakang.

Suspek yang berpakaian jaket kulit dan berseluar jeans kemudiannya menendang wanita itu di bahagian belakang, menyebabkan mangsa terjatuh dari anak tangga sebelum berlalu pergi.


Difahamkan suspek tidak keseorangan tetapi terdapat tiga lagi rakan lain yang turut menyaksikan kejadian itu sambil mentertawakan mangsa yang jatuh tersungkur ke lantai.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera membantu wanita malang itu sebelum dia dibawa ke hospital.

Pihak polis sedang menyiasat rakaman berkenaan, dan mangsa dikatakan berusia 26 tahun sudi membantu siasatan bagi mencari suspek dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam 27 Oktober itu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah