Aksi kantoi warga emas itu sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung pasar raya itu ketika dia disoal siasat oleh salah seorang pengawal keselamatan wanita pasar raya tersebut dan dikongsi oleh laman Miaopai di Internet.
Menerusi klip yang tersebar, warga emas yang memakai baju sejuk berwarna hitam dan berseluar jeans itu dilihat mengeluarkan sebiji sosej bersaiz besar serta bungkusan kepingan daging ayam dari dalam seluarnya dan meletakkannya ke lantai setelah dipaksa oleh pengawal keselamatan terbabit.
Beberapa pengunjung yang menyaksikan insiden itu kedengaran tertawa dengan perlakuan warga emas itu.
Menurut sebuah laman tempatan negara itu, warga emas itu mendakwa bahawa dirinya hanya cuba menguji sistem keselamatan yang terdapat di pasar raya itu sahaja dan menafikan dirinya mencuri barang makanan itu.
“Jika anda tidak membayar barangan itu, ia dinamakan sebagai mencuri.
“Saya sudah mengingatkan anda. Saya juga bertanya kepada anda sama ada anda membawa barangan yang belum dibayar. Tiga kali saya bertanya,” kata pengawal keselamatan wanita itu.
Namun warga emas tetap menafikan dia mencuri makanan itu dan berkata: “Saya hanya menguji sistem keselamatan di sini.”
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)