SHOPPE

Ditikam Hingga Terburai Usus Oleh Saudara Sendiri

Share:
Ditikam Hingga Terburai Usus Oleh Saudara Sendiri


SUASANA meriah di sebuah majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila seorang lelaki menikam saudaranya sendiri sehingga terburai usus di Kampung Awat-Awat, Sundar, Lawas, Sarawak, malam tadi.




Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 30 an itu parah selepas ditikam menggunakan senjata tajam di bahagian perut sehingga menyebabkan ususnya terkeluar.


Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang mengalami masalah mental itu dikatakan cuba menikam bapa mangsa tetapi terkena mangsa.

Menurutnya, suspek yang berusia 53 tahun itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang ramai di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

“Mangsa kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu,” katanya.

Suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

*Video dibawah sekadar hiasan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah