Itulah yang berlaku kepada seorang pekerja pembersihan di Riyadh yang dipersendakan di media sosial, setelah gambar beliau berdiri di luar sebuah kedai sambil merenung barang kemas emas yang dipamerkan, menjadi viral.
Kini, pekerja warga Bangladesh itu, Nazer al-Islam Abdul Karim, 65 tahun, sebaliknya mampu tertawa besar.
Ini kerana setelah menjadi mangsa dipersendakan, ia berubah menjadi tuah. Ada pihak yang berasa penghinaan itu tidak sepatutnya berlaku dan memutuskan untuk menghadiahkannya set barang kemas!
Malah ada pula yang menjanjikan akan memberikannya wang beribu-ribu riyal, lapor CNN.
Semua itu berlaku apabila seorang pengguna Instagram memuat naik gambar Encik Nazer sedang merenung barangan kemas itu dengan kapsyen biadab: “Dia kelihatan seolah-olah dia sedang tengok sampah.”
Komen tersebut menyebabkan ramai netizen menunjukkan simpati dan sokongan kepada pekerja pembersihan itu.
Bahkan, menurut CNN, Abdullah al Qahtani, ahli perniagaan berusia 38 tahun dan pemilik akaun Twitter Ensaniyat (Kemanusiaan), memulakan kempen untuk mencari lelaki yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.
“Tiga jam selepas tweet saya, yang dikongsi lebih 6,000 kali, kami menjumpai lelaki itu,” katanya kepada CNN.
Selepas Encik al Qahtani memuat naik gambar baru pekerja pembersihan itu, ramai netizen yang menawarkan bantuan kepada lelaki itu. Ada yang mahu mendermakan set barang kemas emas, wang tunai, iPhone bahkan sebuah syarikat beras mahu mendermakan beras kepada Encik Nazer, katanya kepada CNN.
Seorang eksekutif di sebuah saluran sukan Saudi, Turki al-Dajam kemudian memuat naik gambar-gambar di Twitter menunjukkan Encik Nazer memilih set barang kemas emas.
Encik Nazer memberitahu CNN ketika gambarnya diambil, beliau sebenarnya sedang bekerja di kejiranan itu dan kebetulan berada di hadapan kedai barang kemas itu.
“Saya amat gembira diberikan hadiah-hadiah ini dan saya amat berterima kasih,” katanya. – Agensi
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)