SHOPPE

Pesara Tentera Hidup Dalam Ketakutan Gara-Gara Insurans RM1juta

Share:
Pesara Tentera Hidup Dalam Ketakutan Gara-Gara Insurans RM1juta



KUALA LUMPUR: Dengan 11 polisi insurans bernilai RM1j di atas namanya– seorang bekas sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) berkata dia kini hidup dalam ketakutan nyawanya melayang pada bila-bila masa lagi.




Lelaki berusia 42 tahun itu berkata polisi tersebut telah dibeli oleh isterinya tanpa pengetahuannya dan setakat ini telah ada cubaan untuk membunuhnya.

Lelaki itu, yang bekerja sebagai pegawai keselematan pembinaan sejak bersara pada tahun 2011, berkata bahawa dia telah dicekik di dalam kereta oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pelajar kejuruteraan awam pada 10 Sept. lalu.

Katanya lagi, salah seorang penyerangnya telah menghubunginya dua hari sebelum kejadian dan menyamar kononnya mahu membuat kajian tentang tapak binaan serta meminta kebenaran untuk menemubualnya di pejabat yang terletak di Serdang.

Pada hari temubual itu, kedua-dua lelaki tersebut telah mengambilnya dari kediamannya di Puchong menaiki sebuah Perodua Kancil lama dan seterusnya kepejabat lelaki itu, di mana mereka telah mengambil gambarnya sedang bekerja.

Namun, apabila mereka dalam perjalanan pulang, semasa dia sedang duduk di tempak duduk hadapan, seutas tali telah diikat ke tengkuknya.

“Saya dapat merasakan tali itu menjerut leher saya, dan saya benar-benar merasakan ajal saya telah sampai pada masa itu,” cerita bapa empat orang anak itu semasa majlis sidang akhbar yang diadakan oleh biro aduan awam Parti Gerakan.

Telah berkhidmat dengan tentera selama 18 tahun, lelaki itu berjaya mempertahankan dirinya dengan memusing lalu menumbuk penyerangnya.

Dia kemudiannya bertuidak menendang pemandu tersebut di bahagian rusuk sebelum memboloskan diri daripada kereta itu yang sedang berhenti di satu tempat terancang.

Dia diselamatkan oleh seorang pejalan kaki yang kebetulan berada di tempat kejadian, untuk menelefon penyelianya, yang kemudiannya membawa lelaki itu semula ke tapat pembinaan.

Bagaimanapun, isterinya tidak menunjukkan sebarang reaksi langsung apabila dia menceritakan apa yang dihadapinya beberapa jam lalu.

Dia mula mengesyaki sesuatu seminggu selepas itu apabila isterinya menerima panggilan telefon daripada satu nombor yang tidak dikenali. Namun, isterinya mengatakan bahawa pemanggil itu tersilap nombor.

Kata lelaki itu lagi, isterinya menjadi agresif apabila dia merampas telefon bimbit  wanita itu dan menelefon nombor tadi.

Gambar yang tertera pada akaun WeChat nombor itu seiras dengan salah seorang penyerangnya.

“Saya amat terkejut dan cuba meminta penjelasan daripada isteri saya namun dia mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa,” tambah lelaki malang itu lagi.

Sebulan selepas itu, wanita itu telah membawa anak lelaki sulung mereka dan meminta perlidungan daripada sebuah badan kebajikan wanita, sebelum membuat aduan polis terhadap suaminya atas sebab penderaan.

Lelaki itu nenambah bahawa isterinya telah dihalau daripada rumah perlindungan itu dan kini menetap bersama ibunya.

Sejak meninggalkan rumah, wanita itu telah membelanjakan RM60,000 yang hanya diketahui oleh lelaki itu selepas dia menerima bil kad kredit dan surat daripada bank.

Lelaki itu takut jika terdapat sebuah lagi percubaan untuk membunuhnya dan menegaskan bahawa tandatangannya telah dipalsukan untuk membeli insurans nyawa dan kemalangan.

Katanya, polisi-polisi insurans itu telah dijumpai di beberapa tempat di dalam rumahnya.

Isterinya merupakan penjamin tungga polisi-polisi berkenaan, yang ditunjukkan sebagai bukti kepada para wartawan beserta tujuk laporan polis yang telah dibuat  dalam tempoh empat bulan.

“Saya telah membuat aduan kepada Bank Negara dan syarikat-syarikat insurans yang terlibat dalam pemalsuan ini dan mereka telahpun mengambil tindakan,”katanya.

Dia kini hidup dalam ketakutan jika ketiga-tiga anak yang  kini di bawah jagaannya akan ditinggalkan sebatang kara jika sesuatu terjadi kepadanya.

He feared his three youngest children, who are under his care, would be abandoned if something happened to him.

Pengerusi biro aduan awak Gerakan Datuk Wilson Lau Hoi Keong berjanji untuk mengikuti perkembangan kes itu dengan pihak polis.

Ketua Polis Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata penyiasatan terhadap kes serangan itu sedang dijalankan.

Beliau menambah bahawa pegawai penyiasatan sedang menunggu arahan daripada
Timbalan Pendakwa Raya.

Kata Megat lagi, pengadu juga telah dinasihatkan untuk menamatkan premium insuransnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah