SHOPPE

Kami Dalam Berkenalan Dan Tiada Istilah Tunang – Kaka Azraff

Share:
Kami Dalam Berkenalan Dan Tiada Istilah Tunang – Kaka Azraff


“EH mana ada tak betullah. Tak ada apa pun. Kelakar la cerita ini. Tak ada niat untuk bertunang. Tak ada apa pun. Ya, kami (dengan Rody) baru mengenali hati budi tapi tak ada istilah bertunang.”




Itulah kata-kata yang terpacul daripada mulut penyanyi Kaka Azraff apabila dihubungi oleh sebuah portal hiburan tempatan; Media Hiburan bagi mengesahkan desas-desus yang tersebar.

Khabar angin itu mendakwa Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff bakal bertunang dengan pemain gitar kumpulan Kristal; Rody pada 1 Januari tahun hadapan.






Difahamkan juga persiapan majlis bagi pertunangan tersebut telah pun dibuat dan diumumkan kepada keluarga, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

Namun menurut portal itu lagi, majlis pertunangan itu terpaksa ditangguhkan pada saat akhir atas permintaan sebuah stesen televisyen.

Walau bagaimanapun, pelantun single Bukan Hal Aku ini tidak menafikan bahawa dia dan Rody sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Namun saya berharap agar semua dapat mendoakan yang baik-baik. Saya perempuan tak boleh cakap hal ini, tak manis kan. Saya juga perlu menghormati keluarga kedua belah pihak,” jelas Kaka.

Tambah wanita berusia 27 tahun ini lagi, dia sudah kenal lama dengan Rody sejak menjadi pembantu peribadi Ella sekitar tahun 2008 namun perkenalan itu belum lagi serius.

Malah Kaka juga meminta netizen serta peminat-peminatnya dan Rody mendoakan yang terbaik untuk perhubungan mereka dan akan memaklumkan kepada umum sekiranya ada khabar gembira. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Media Hiburan



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah