JIKA dahulu remaja perempuan ini cukup ‘popular’ selepas videonya bercakap dengan accent mat saleh selain mendakwa mempunyai beberapa darah campuran seperti Cina, Pakistan dan Serani.
Kali ini pula, remaja yang mengelarkan diri sebagai Coco ‘mengamuk’ di media sosial apabila ada netizen yang mengkritik ketiaknya yang hitam.
Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Coco menjelaskan dia tiada niat untuk mengkritik individu lain yang mempunyai masalah ketiak hitam.
“I tak ada niat langsung tetapi ini kerana orang ramai terus mengkritiknya dengan menyatakan Coco ketiak hitam dan sebagainya.
“Orang yang bash itu pun guna fake account, dia itu tak ada muka. I rasa muka dia yang hitam,” katanya.
Coco dengan tegasnya sehingga mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ dan menyatakan bawah lengannya itu tidak hitam dan ianya adalah pantulan cahaya bayang-bayang.
“Iolls marah tapi takpa. Anda perlu makan banyak vitamin C dan baru anda akan dapat seperti saya. Itu sahaja,” katanya.
Perkongsian Coco itu menambahkan gelak ketawa netizen yang masih mengingati gelagatnya bercakap dengan accent mat saleh sebelum ini.
TONTON VIDEO DI BAWAH….
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)