SHOPPE

Kerana Takut Gemuk Pengantin Suruh Pasangan Pakai Gaunnya

Share:
Kerana Takut Gemuk Pengantin Suruh Pasangan Pakai Gaunnya


SEPASANG pengantin dari China membuatkan tetamu di majlis bersejarah mereka tergelak besar apabila muncul dengan pakaian berlawanan jantina.




Menurut sebuah portal, kejadian itu berpunca daripada pengantin perempuan, Ou Qian yang tidak mahu memakai busana pengantinnya kerana mendakwa dia akan kelihatan gemuk apabila mengenakan gaun berwarna putih itu lalu meminta pasangannya memakai gaun tersebut.

Disebabkan cinta terhadap bakal wanita yang dinikahinya, Wu Shuai rela menyarung busana itu sementara itu Qian pula memakai tuksedo dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di daerah Shunqing, Nanchong.






“Dia fikir dia terlalu montel dan tidak akan kelihatan cantik dalam gaun perkahwinan itu. Jadi dia mencadangkan saya memakai pakaiannya manakala dia pula memakai pakaian saya,” jelas Shuai ketika ditemubual.

Menerusi foto-foto yang tersebar, Qian kelihatan ‘segak’ memakai tuksedo berwarna hitam dipadankan dengan cermin mata hitam dan rambutnya pula diikat keatas untuk kelihatan lebih maskulin berjalan masuk ke ruang persandingan itu bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga kerana ayahnya telah meninggal dunia.

Para tetamu mula ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja Shuai muncul dengan gaun berwarna putih lengkap dengan veil di atas kepalanya.

Tindakan Shuai yang sanggup mengayakan gaun pengantin itu mengejutkan rakannya.

Pasangan ini bertemu pada tahun 2011 yang mana Qian pada ketika itu hanya mempunyai berat 88 lbs (40kg) manakala Shuai pula hanyalah seorang lelaki yang kurus. –




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah