SHOPPE

Keji!!!...Tetamu Lelaki ‘Kenduri’ Gomol Rakus Pengapit Perempuan

Share:
Keji!!!...Tetamu Lelaki ‘Kenduri’ Gomol Rakus Pengapit Perempuan



TULAR satu rakaman video yang tersebar menerusi laman sesawang di China memaparkan seorang pengapit perempuan (bridesmaid) digomol oleh sekumpulan tetamu lelaki.




Tindakan tidak bermoral seumpama itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganya sendiri tentang kesucian perkahwinan tradisional yang diamalkan.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, rakaman itu dipercayai diambil di wilayah Shaanxi berdasarkan dialek yang kedengaran menerusi video tersebut namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Di dalam video yang tersebar, seorang wanita memakai gaun berwarna biru lembut terbaring di atas tilam dikelilingi sekumpulan tujuh lelaki yang bertindak merabanya secara paksa.

Mangsa dilihat bergelut cuba melepaskan diri daripada ‘cengkaman’ lelaki-lelaki itu namun tidak berjaya dan salah seorang daripada mereka dilihat menekup mukanya.

Selain itu, mangsa juga didakwa telah diraba payudaranya oleh kumpulan lelaki terbabit walaupun dia cuba ‘melindunginya’.

Malah perlakuan agresif kumpulan lelaki itu telah menyebabkan dress yang dipakai wanita itu terselak sehingga menampakkan bahagian pinggul dan alat sulitnya.

Kekejaman itu menjadi bahan lawak para tetamu yang hadir dan mereka tidak berusaha membantu wanita itu tetapi mengambil kesempatan ‘memeriahkan kenduri’ itu dengan merakam aksi tersebut.

Klip video itu dikongsi oleh laman Miaopai pada 19 Disember dan telah ditonton hampir 1.7 juta daripada pengguna internet.

Seorang netizen membuat naik kapsyen berbunyi “Happy Zhangjiang: Sangat menjijikkan. Sebuah video memaparkan pengapit perempuan dicabul di majlis kahwin.”

Manakala seorang lagi menulis “Adakah anda pasti lelaki-lelaki ini bukan zombi yang menyerang rumah?.”

Malah tidak kurang juga netizen yang mengutuk tindakan kumpulan lelaki tersebut.

Seorang pengguna mengutuk tetamu lelaki berkata “Mereka adalah sekumpulan binatang.”

“Mereka tidak pernah melihat wanita sebelum ini?” soal netizen yang lain.

“Perkahwinan seperti ini patut dihapuskan,” tulis seorang lagi.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah