SHOPPE

Bakal Pengantin Di China Diikat Di Belakang Jip Di China

Share:
Bakal Pengantin Di China Diikat Di Belakang Jip Di China



RIZHAO – Satu rakaman video yang viral menerusi media sosial di China memaparkan aksi seorang lelaki diikat pada belakang sebuah kereta dan dibawa bersiar-siar di bandar ini.




Video berkenaan dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya yang terkejut melihat seorang lelaki diikat pada belakang sebuah jip menggunakan pita pelekat.

Sebiji pisang juga dilihat diikat pada celah kelangkang lelaki itu dan dua biji telur ayam dilekat di dadanya.

Lelaki itu yang matanya ditutup hanya mampu mendiamkan diri ketika kenderaan itu melalui sebatang jalan raya yang sibuk di bandar ini.

Menurut media di China, lelaki itu bakal berkahwin tidak lama lagi dan rakan-rakannya mengikatnya pada belakang jip itu sebagai cara meraikannya.

Video berkenaan dirakam pada 15 November lalu tetapi ia mula viral di media sosial di China baru-baru ini.

Walaupun rakan-rakan lelaki itu hanya mahu bergurau tetapi pengguna media sosial berpendapat tindakan itu sangat bahaya dan langsung tidak lucu.

“Rakan-rakan mungkin mahu meraikan hari bahagia lelaki itu tetapi mereka mungkin boleh menyebabkan dia terbunuh,” kata seorang pengguna.

Sudah menjadi tradisi golongan muda di China untuk memalukan atau memaksa bakal pengantin membuat aksi yang kadang kala berbahaya bagi meraikan rakan mereka menamatkan zaman bujang.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah