SHOPPE

Kejam!!!...Ibu Tinggalkan Anak Mati Kelaparan

Share:
Kejam!!!...Ibu Tinggalkan Anak Mati Kelaparan


JIKA filem Sunk Into The Womb memaparkan kisah benar kehidupan dua kanak-kanak Jepun yang meninggal dunia selepas ditinggalkan ibu mereka kerana mengikut kekasih.




Kali ini pula, kejadian yang sama berlaku di Kiev, Ukraine apabila seorang wanita tergamak meninggalkan dua anaknya dalam rumah berkunci tanpa makanan selain beberapa makanan ringan.

Mirror melaporkan Vladislava Podchapko, 20, meninggalkan anak lelakinya, Daniil, 23 bulan dan anak perempuan, Anna, 2 tahun bersendirian sementara dia tinggal di rumah teman lelakinya selama sembilan hari.


Apabila Podchapko pulang, dia mendapati anak lelakinya sudah meninggal dunia sementara anak perempuannya ditemui dalam keadaan lemah dan dikejarkan ke hospital.

“Dia (Anna) berada dalam keadaan sangat lemah dan kami memberikan makanan kepadanya.

“Dia kini dalam keadaan stabil dan dijangka akan pulih dalam masa beberapa hari lagi,” kata seorang doktor yang merawat mangsa.

Anna akan dihantar dan dijaga pusat perlindungan rumah anak yatim atau diberi pada keluarga angkat, atau diserahkan kepada bapanya.

Podchapko dalam kenyataannya menjelaskan tidak menyangka anaknya akan mati dengan tindakannya itu.

“Saya tidak tahu yang mereka boleh mati,” katanya yang kini berada dalam tahanan polis dan berdepan dengan tuduhan mengabaikan anak.


Ibu kepada dua anak itu dilaporkan tidak mempunyai masalah kewangan dan sering memuat naik gambar anak-anak yang kelihatan gembira dengan kapsyen mengembirakan seperti ‘Mother’s joy’, ‘Pretty Woman’, ‘My Love’, ‘I Love you, darling’ yang ditujukan kepada Anna dan Daniil.

Dua kanak-kanak malang tersebut adalah hasil perkahwinan pertama Podchapko dengan bekas suaminya sebelum menemui teman lelaki baru dan hamil.


Polis tempatan turut berkongsi gambar memaparkan keadaan rumah tersebut yang berselerak dengan kertas dinding dikoyak oleh dua kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, jiran di kawasan tersebut turut mendengar tangisan kanak-kanak malang itu tetapi tiada yang tampil membantu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah