SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Buntat Watak DAlam Drama 7 Hari Mencitaiku

Share:
Biodata Dan Profile Lengkap Buntat Watak DAlam Drama 7 Hari Mencitaiku


Sejak kebelakangan ini, nama Buntat sering manjadi sebutan ramai.

Jika korang perasan, nama Buntat tiba-tiba menjadi popular akhir-akhir ini.

Siapa sebenanrnya si Buntat ini? Mungkin ramai yang tak kenal terutama mereka yang tidak menonton drama TV3.

Sebenarnya Buntat ni adalah nama watak lakonan seorang budak dalam sebuah drama TV3 berjudul 7 Hari Mencitaiku.

Ariff merupakan anak seorang pemilik kedai roti canai yang bernama Pak Mutalib Jitra.

Sememangnya Buntat berbakat besar di dalam dunia lakonan. Drama “7 Hari Mencitaiku” telah menaikkan nama Buntat sebagai pelakon cilik yang hebat.






Biodata Dan Profile Lengkap Buntat Watak DAlam Drama 7 Hari Mencitaiku

Nama Penuh : Mohd Ariff

Umur : 12 Tahun

Drama : 7 Hari Mencintaiku

Filem : Jibam (2017)

Asal : Jitra Kedah

Status: Anak Kepada Tauke Roti Canai Pak Mutalib Jitra

Pendidikan Terkini: Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra

Kelas: 6 Teratai (2016)


TAJUK DRAMA : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod semuanya
TARIKH ATAU MASA : 07 November 2016
SIARAN : M enerusi Slot Akasia TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin,  Zarynn Min



WATAK -WATAK PELAKON
Shukri Yahaya memegang watak sebagai Khuzairi
Siti Saleha memegang watak sebagai Mia Adriana
Ungku Hariz memegang watak sebagai Khalil
LAGU TEMA  OST DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk OST : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah


SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU
Drama ini mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam-diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama telah menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun begitu sifat angkuh dan sombong gadis ini telah menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hamapun  jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana pula bagaikan lupa, hidup ini adalah ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombonganya itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta seoorang lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana adalah merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya iaitu Dato Megat Idrus. Mia yang telah pun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun begitu oleh kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.

Khalil yang tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil telah menikahi Rita kerana inginkan duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, telah meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun dia hanya mengganggap  Khuzairi kekampungan dan kolot.


Bermulah kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang telah menjadi kebencian Mak Leha, iaitu mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia amat  memusuhi Puan Hayati. Terjadilah pelbagai pergaduhan diantara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang dimana menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu ada pasang surutnya.

Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu amat menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana telah tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang telah ditinggalkannya tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah lama membeku?

Apakah Pak Samad mampu untuk membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri kepada Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain menjadi pengembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?.. mari sama-sama kita saksikan..






-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  penmerah




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah