SITI SALEHA DAN SYUKRI YAHAYA TERAJU UTAMA DRAMA 7 HARI MENCINTAIMU.
Selain dua nama popular itu, tidak disangka-sangka seorang pelakon kanak-kanak baharu yang memegang watak sebagai Buntat turut menjadi bualan hangat di kalangan netizen.
Watak Buntat yang merupakan seorang kanak-kanak lembam dilakonkan adik Muhammad Ariff Abdullah; 12.
Menurut penerbit drama tersebut, Datuk Ziela Jalil, beliau berasa gembira dengan sambutan hangat yang diterima malah turut memuji lakonan semula jadi adik Muhammad Arif.
“Alhamdullilah, saya seronok apabila mendapat tahu penonton tersentuh dan menyukai watak Buntat. Sebagai penerbit, saya mengagumi lakonan Adik Ariff kerana dia kelihat sangat semula jadi apabila berlakon,” katanya dipetik Harian Metro.
Nama Buntat menjadi trending di Twitter semalam berikutan babak kematiannya yang cukup menyentuh jiwa penonton dengan lakonan cemerlangnya.
Kebanyakan penonton terhibur dengan lakonan Adik Ariff yang sangat bersahaja walaupun ini merupakan percubaan pertamanya bergelar pelakon.
Selain Adik Ariff, drama ini turut dibintangi Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Faye Kusairi dan Ku Hariz.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)