SHOPPE

Foto Pembunuhan Kejam 6 Sekeluarga Tersebar

Share:

Foto Pembunuhan Kejam 6 Sekeluarga Tersebar



TERSEBAR beberapa keping foto kes pembunuhan sadis melibatkan keluarga Dodi Triono yang maut setelah dikurung sehari semalam bersama lima lagi yang selamat dalam sebuah bilik air kecil di kediamannya di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur, Indonesia.




Foto yang tersebar memaparkan beberapa mayat terbaring di ruang tamu dan keadaan mangsa ketika dikurung di dalam bilik air kediaman milik arkitek tersebut.

Terdahulu laman media sosial gempar dengan kejadian enam sekeluarga maut dikurung di dalam bilik air yang sempit seluas 1.5 X 1.5 meter akibat kekurangan oksigen.







Keenam-enam mangsa yang maut ialah Dodi Triono, 59; dua anak perempuannya Diona Arika Andra Putri, 16; dan Dianita Gemma Dzalfayla, 9; dua pemandunya berumur 40-an; dan seorang lelaki dipercayai anak kepada seorang teman Dodi.

Manakala lima yang tercedera pula ialah seorang wanita bernama Emi berumur 41 tahun, seorang lagi anak perempuan Dodi bernama Zanette Kalila Aazaria, 13, dan tiga pembantu rumahnya Fitriyanim, Windy dan Santi berumur antara 22 dan 23 tahun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Residen Jakarta Timur Sapta Maulana berkata, kesemua yang maut dan terselamat itu ditemui setelah pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada salah seorang saudara mangsa iaitu Sheila Putri.

Difahamkan Sheila secara kebetulan mengunjungi kediaman itu dan mendapati keadaannya berselerak sebelum terdengar suara orang meminta tolong.

Polis setakat ini belum mengesahkan barangan yang telah dirompak dan masih meneruskan siasatan serta mengumpul beberapa bahan bukti.

Walau bagaimanapun, menurut sebuah portal tempatan negara itu, pihak polis sedang memburu seorang lelaki bernama Yus Pane yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Dua suspek yang lain iaitu Erwin Situmorang, dan Alfins Bernius Sinaga telah berjaya diberkas pada Selasa lalu manakala suspek bernama Ramlan Butar Butar maut ditembak polis kerana melawan pihak polis.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah