SHOPPE

Gelandangan Dipenjara 80 Tahun Dan 110 Sebatan Kerana Merogol Anak

Share:
Gelandangan Dipenjara 80 Tahun Dan 110 Sebatan Kerana Merogol Anak



KUALA LUMPUR – Seorang gelandangan berusia 38 tahun dipenjara 80 tahun dan 110 sebatan selepas didapati bersalah kerana merogol anaknya berusia 16 tahun di ibu negara, Ogos lepas.




Hakim Mahkamah Sesyen Datin M. Kunasundari menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas 11 pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak perempuannya itu antara 27 Ogos hingga 7 Sept tahun ini.

Bagi sembilan pertuduhan rogol yang dilakukan antara 27 Ogos hingga 5 Sept, tertuduh dikenakan hukuman 60 tahun penjara dan 90 sebatan.

Bagi dua lagi pertuduhan rogol dan satu pertuduhan seks oral antara 28 Ogos hingga 7 Sept, tertuduh dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dan 20 sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lorong Haji Taib, di sini, pertuduhan adalah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi tuduhan rogol yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun penjara dan 10 sebatan.

Kunasundari dalam penghakimannya berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan keji.

“Tertuduh diamanahkan sebagai bapa yang sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada mangsa tetapi menjadi pemusnah terhadap masa depan mangsa.

Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma yang dihadapi oleh mangsa.

“Mahkamah tidak dapat memaafkan kesalahan tertuduh dan berharap perkara yang dilakukan tertuduh tidak dilakukan oleh mana-mana bapa di dunia ini,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan hukuman penjara dan sebat yang ringan kerana dia telah insaf dan menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan berjanji untuk menjadi orang yang baik.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi yang mengendalikan kes itu memohon hukuman yang berat kerana kejadian berlaku setiap hari sejak anak kandungnya datang ke Kuala Lumpur.

“Mangsa datang ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian tapi cita-citanya hancur disebabkan perbuatan tertuduh,” katanya. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah