Pemilik KRZ Management Sdn Bhd, Amir Khairul Amri Budiman Khairuddin dan Noorlini Ramli yang mengusahakan bas TransMalaya Ekspres memberitahu langkah berkenaan diambil demi keselamatan dan keselesaan serta bagi mengelak insiden tidak diingini terhadap penumpang wanita.
“Selepas saya dan isteri berbincang dengan kakitangan, kami menetapkan polisi pengasingan tempat duduk bagi mengelak berlakunya perkara negatif ketika dalam bas seperti gangguan sesksual serta ketidakselesaan penumpang wanita untuk tidur,” ujarnya kepada BH Plus.
Tambah Amir lagi, kelonggaran diberikan kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk duduk bersebelahan sekiranya mereka mempamerkan kad nikah semasa membeli tiket di kaunter bas tersebut.
Meskipun usaha tersebut dilihat sebagai usaha murni bagi mengekang insiden negatif, namun pengguna Twitter galahsokmo berkongsi status berbunyi “Kelakaq kelakaq. Gua terhibur dengan Twitter” apabila terlihat tweet daripada BH Online dengan tajuk ‘Tunjuk kad nikah untuk duduk bersama dalam TransMalaya Ekspres’ disamping beberapa ekspresi muka penumpang bas itu yang dijadikan sebagai troll.
Tweet berkenaan telah diulang kicau (retweet) lebih 8 ribu kali dan likes sebanyak 2 ribu oleh pengguna laman mikro tersebut sejak ia dimuat naik.
Penguatkuasaan undang-undang itu telah dilaksanakan sejak Februari lalu. TransMalaya Ekspres beroperasi dengan 2 bas dilengkapi 44 tempat duduk merangkumi empat daerah di Pahang iaitu Kuantan, Jengka, Jerantut dan Temerloh, manakala di Terengganu pula di Kemaman, Dungun, Paka dan Terengganu.
Sumber: BH Plus
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)