AKHIRNYA percintaan selama sembilan tahun pendukung utama filem Heart, Acha Septriasa bersama kekasihnya Vicky Kharisma dimeterai dengan ikatan perkahwinan pada 11 Disember lalu.
Majlis akad nikah Acha dengan Vicky diadakan di Hotel Le Meridien, Jakarta yang hanya dihadiri oleh kedua-kedua ahli keluarga pihak mempelai seramai 100 orang.
Ketika upacara pernikahan berlangsung, Acha kelihatan anggun mengenakan busana tradisional Indonesia iaitu kebaya berwarna lembut begitu juga dengan Vicky yang segak dengan persalinan baju pengantin warna sedondon.
Ibu Acha, Rita Emza berasa teruja dan bersyukur dengan pernikahan anaknya berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, lega rasanya apabila Acha sah bergelar isteri kepada Vicky. Sebagai orang tua, kami harus ikhlas dan bersedia melepaskan anak perempuan mengikut suami.
“Sebagai ibu bapa, kami hanya mampu memberi nasihat untuk Acha bersama suami tidak kira di mana saja dia bekerja. Malah, suami juga berperanan sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab mencari nafkah.
“Isteri pula isteri harus berada di samping suami,” kata Rita lapor BH Online.
Tambah laman BH Online lagi, difahamkan Acha akan bermastautin di Australia kerana mengikut Vicky yang bekerja di negara kanggaru itu.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)