SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Tisha Shamsir

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Tisha Shamsir

Tisha Shamsir Bogel

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Tisha Shamsir | Korang kenal tak SOFIA / Sofea ,watak antagonis yang jahat sanggup tikam kawan sendiri tu. Watak sofea dilakonkan oleh Tisha Shamsir Alam yang dulu pernah juga berlakon di Gerak Khas. Eh geram je tengok Sofea dalam Titian Cinta TV3 tu . Mentang-mentang si Rayan lebih kaya dari Haris , terus sailang dari Aisy .  Ter-emo pulak wak kita ni .  Biodata Tisha Shamsir ada dibawah ini.

Nah berikut biodata penuh Tisha Shamsir yang setakat ini Lisa tahu la . Tisha Shamsir (lahir Shanorbiah binti Shamsir Alam; 20 Januari 1986) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Mentor musim keenam. Tisha terkenal menerusi watak sebagai Huda dalam filem Villa Nabila dan sebagai Inspektor Tisha dalam Gerak Khas.




Tisha Shamsir merupakan artis dan pelakon wanita Malaysia yang menonjol menerusi drama bersiri Gerak Khas sebagai Inspektor Tisha. Keberkesanan watak yang dibawa oleh beliau menjadikan Datuk Yusof Haslam terus mengekalkan beliau untuk drama kepolisan di bawah Skop Production.
“Saya dulu pernah bercita-cita nak jadi polis. Tapi bila berlakon sebagai polis, saya rasa seperti cita-cita saya dah pun menjadi kenyataan. Selain itu, saya rasa bertuah kerana drama dan karakter yang dibawakan bukan menampilkan hiburan semata-mata, tetapi juga boleh mendidik dan memberi pengajaran kepada penonton,” – Tisha Shamsir

Dikurniakan suara yang lunak merdu, Tisha juga merupakan seorang penyanyi dan pernah menjadi salah seorang peserta Mentor musim keenam. Beliau memulakan karier awalnya sebagai seorang penyanyi dengan menghadiri ujibakat pertandingan ‘Audition’ terbitan ntv7.  Untuk rekod, Tisha sebenarnya mewarisi bakat seni bapanya, Shamsir Alam Mohd. Zainal, 62 tahun, yang merupakan bekas penyanyi Kombo Angkatan Tentera.

Jom kita berkenalan dengan artis dari Kelate ini.

Biodata dan Profile Lengkap Tisha Shamsir

Nama Penuh: Shanorbiah binti Shamsir Alam
Nama Lain: Latisha Shamsir Alam
Nama Komersial: Tisha Shamsir
Asal: Pasir Puteh, Kelantan
Umur: 32 Tahun (2018)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Adik-Beradik: Anak kelima daripada tujuh beradik
Status: Berkahwin pada 2016
Nama Suami: Mohd. Ady Hafize Hanaffiah
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Program TV: Audition (ntv7), Mentor musim ke-6
Drama: Gerak Khas, Dia Bidadariku, Titian Cinta (2017)
Filem: Villa Nabila

Media Sosial Tisha Shamsir

Instagram: @tisha.shamsir.alam
Twitter: @tisha_shamsir

Gambar-Gambar Terkini Tisha Shamsir

























Sumber : azhan.co

#cantik
#artiscantik
#tisha
#tishashamsir

Post a Comment

No comments

Thanks For Comment !!! :)