SHOPPE

Pengakuan Benar Isteri Nak Bunuh Bayi Dalam Perut Gara-Gara Suami Curang

Share:

Pengakuan Benar Isteri Nak Bunuh Bayi Dalam Perut Gara-Gara Suami Curang


suami curang


Pengakuan Benar Isteri Nak Bunuh Bayi Dalam Perut Gara-Gara Suami Curang | salam admin dan warga krt..hide profile yer..sy baru je kahwin 5bulan, tengah pregnant. Baru2 ni suami sy curang dgn sy, sedih sangat min. Biasanya sebelum tidur sy akn check hp suami kot2 dia ad perempuan lain.

Tbe2 sy trnampak ad akaun wechat lain yg dia guna, tp xblh buka kena msukkan psword tlebih dhulu…sy mulai curiga, tp sy biarkan dulu, sy just tunggu dan lihat apa akn brlaku.

After 2 3 hari sy cek balik wechat dia, dia tertidur dan lupa nk logout akaun. Mmg btl tekaan sy, dia chat dgn perempuan lain, siap video call dan dia simpan ss vdeo call tu dan simpan dkt favourite.
Dan itu bkn video biasa2, tp video call perempuan tu bukak baju tunjuk buah dada. chat plak bersayang2 i love u smua..bkn sorg, ramai jgk dia chat.

Sy menangis semahu2nya. Mlm tu sy mgambil kputusan untuk melarikan diri ke rumah mak sy dgn bas bila suami pergi kerja esok.

semalam sy menangis, keesokan paginya dia bgn terkejut tgk sy menangis dan sy ceritakan pasal kecurangannya. Sy ckp sy mahu bercerai, dan mahu bunuh anak dlm kandungan, sy benci suami sy dan sy jgk benci benih hasil dari suami sy.

Dia mmujuk mrayu dan katanya dia tak akan ceraikan sy, dia sygkan sy dan walaupun sy benci dia, dia akan tetap syg sy. Pagi tu dia xpergi kerja, sbb tkt sy lari dari rumah dan bunuh ank dlm kandungan, bos dia dh bsing sbb xpergi kerja.

Untuk pengetahuan semua, sebelum kahwin suami sy sudah byk kali kantoi curang, tp alasan dia semua kwn, xada yg serius, untuk suka2 sahaja.




Seminggu sbelum majlis sy nyaris2 nk batalkan mjlis tp sy kesiankan mak sy yang bersungguh mahukan jadikan suami sebagai menantu, mak sy sgt berkenan padanya.

Sedangkan mak xthu menantunya itu perangai mcm hantu. Sy sbrkan hati dan fikir mungkin lepas kahwin suami akn berubah.

Ternyata suami xmenghargai peluang yg sy berikan. Sy yg bodoh kerana terlalu bagi muka padanya. Katanya ini kali yg terakhir dia curang, jika slepas ini dia buat perangai lg, dia akan ikt kemahuan sy utk bercerai.

Dan sesungguhnya sy sendiri sudah tawar hati pd suami sy, sy sendiri xmampu nk hidup dan hadap muka dia bila teringatkan kecurangannya.

Jika lepas ni dia curg lg, anak sy akn serahkan padanya kerana sy benci suami dan jgk ank hasil benihnya.

Maafkan sy. Sy terlalu berdendam, tq.

kepada kaum suami sila baca artikel dibawah

Hargai isteri anda semasa hayat masih ada

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?

Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.

Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.

Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah

Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.

Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja.

Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.

Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.

Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.’

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.

Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.

Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur.

Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.

5. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.

Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.

Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.

Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan.


Sumber: HelangMerah

#kisahrumahtangga
#suamicurang


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah