SHOPPE

Pelajar Tahfiz Dipaksa Onani Dan Mandi Bersama Mudir

Share:

Pelajar Tahfiz Dipaksa Onani Dan Mandi Bersama Mudir

Sumber Foto : jateng

Pelajar Tahfiz Dipaksa Onani Dan Mandi Bersama Mudir | Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu mudir meliwat beberapa pelajar tahfiz sehingga menyebabkan mangsa melarikan diri dari asrama mereka. Kisah yang dikongsi seorang ibu mangsa liwat ini diceritakan semula kepada Syed Azmi di laman Facebook telah mendapat perhatian pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mudir tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan, disyaki melakukan gangguan seksual terhadap anak muridnya. Perkara ini telah mencemarkan nama baik pusat tahfiz sekali gus masyarakat hilang kepercayaan.




Diliwat hingga cedera usus


Menurut laporan Metro, kesemua pelajar terbabit sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Perbuatan keji itu mula terbongkar selepas beberapa mangsa mengadukan kejadian dialami kepada tenaga pengajar di pusat itu.

Selepas yakin dengan bukti dikumpulkan, seramai tiga tenaga pengajar di pusat tahfiz itu sepakat membawa semua mangsa ke IPKKL untuk membuat laporan polis minggu lalu sebelum kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11).

Hasil laporan perubatan oleh pihak HKL mengesahkan salah seorang mangsa diliwat hingga mengalami kecederaan usus manakala selebihnya berdepan gangguan emosi yang teruk. Mangsa lain mendakwa dipaksa melakukan onani, mandi bersama, diraba selain pelbagai perbuatan tidak masuk akal oleh suspek yang juga mudir pusat tahfiz itu.

Memburukkan imej Islam


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk tutup operasi sekolah tahfiz berkenaan seandainya pemilik didapati bersalah. Malah, tindakan tegas juga perlu diambil kerana perbuatan keji itu boleh mencemarkan institusi tahfiz dan menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan disamping memburukkan imej Islam.

Berulang kali saya tegaskan, jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara dilarang agama. Orang sebegini perlu diajar dan diambil tindakan tegas, bahkan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau dia pengetua, kita tutup terus sekolah itu kerana bagaimana seorang pengetua yang memimpin institusi tahfiz buat perkara keji begitu?

Pengetua atau guru yang melakukan perbuatan itu juga tak boleh mengajar lagi di sekolah tahfiz kerana telah memalukan nama baik institusi tahfiz lain yang turut memberi kesan terhadap ibu bapa yang menghantar anak belajar di situ.

Saya menasihatkan ibu bapa yang mahu menghantar anak ke sekolah tahfiz yang diiktiraf kerajaan selain mengambil kira ciri-ciri keselamatan dan kokurikulum disediakan. Saya bimbang juga jika ada sekolah tahfiz yang mengajar doktrin fahaman tertentu kepada pelajar mereka dan kita memantau perkara ini dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk sering memantau perkembangan anak-anak mereka di sekolah mahupun di rumah. Jika terdapat perbezaan atau kesan yang aneh pada anak, ibu bapa boleh saja terus laporkan perkara itu kepada pihak bertanggungjawab.




Sumber: Sinar, Metro, Ohbulan

#onani
#liwat

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah