SHOPPE

Nabila Razali Suka Lelaki Berparut Di Muka

Share:

Nabila Razali Suka Lelaki Berparut Di Muka



Nabila Razali Suka Lelaki Berparut Di Muka | Jika sebelum ini Nabila Razali memberitahu bahawa dia sedang mencari lelaki berpewatakan nakal dan rambut panjang sebagai teman, nampaknya ciri-ciri lelaki idaman penyanyi lagu Pematah Hati ini sudah berubah.

Baru-baru ini, Nabila memuat naik gambarnya yang dicantumkan dengan foto pelakon Noah Centino yang mempunyai parut di bahagian dagu. Nabila turut memberitahu lelaki itu adalah ‘teman lelakinya’ yang baru.


Nabila turut memberitahu tidak lagi berminat dengan lelaki berambut panjang dan dia kini tertarik dengan lelaki yang mempunyai parut diwajah.




Kepsyen tersebut menarik perhatian netizen terutama sekali pengikut lelaki yang secara berjenaka meluahkan rasa kecewa terhadap Nabila kerana telah menyimpan rambut panjang demi memenuhi ciri lelaki idamannya.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen dengan mengatakan sanggup untuk menoreh wajah sendiri untuk memenuhi kriteria tersebut.


Kenyataan Nabila yang ingin mencari lelaki berambut panjang sebelum ini yang menjadi perhatian ramai sebenarnya adalah untuk muzik video single terbaharunya yang akan dilancarkan pada Oktober depan.



Sumber : rotikaya

#nabilarazali




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah