SHOPPE

Gila!!!...Curi Motor Ketika Solat Subuh

Share:

Gila!!!...Curi Motor Ketika Solat Subuh


Gila!!!...Curi Motor Ketika Solat Subuh | Apa nak jadilah dengan budak zaman sekarang ni. Tak rasa bersalah pulak buat kesalahan dekat perkarangan masjid.

Menurut Harian Metro, niat Tok Siak kerjakan solat sunat sebelum masuk waktu Subuh bertukar duka bila motosikalnya dicuri seorang lelaki di Masjid Sungai Seluang, Lunas, Kulim semalam.

 Sumber: Harian Metro 

Ketika kejadian pada jam 4.30 pagi, mangsa berusia 54 tahun datang ke masjid dengan menunggang Honda EX5 sebelum menunaikan solat sunat dan membuat persiapan untuk solat subuh.




Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, tidak lama kemudian, mangsa dengar bunyi bising di luar masjid dan keluar untuk buat pemeriksaan.

 Sumber: Facebook 

Kata mangsa, dia terkejut bila melihat seorang lelaki tengah cuba mencuri motosikalnya dan cuba untuk menghalang suspek. Walau bagaimanapun, percubaan mangsa gagal kerana lelaki berkenaan bertindak membawa lari motosikal selepas berjaya menghidupkan enjinnya.

“Siasatan awal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek berkemungkinan bukan berasal dari kawasan Lunas.

“Usaha mengesannya kini sedang dilakukan anggota di Balai Polis Lunas yang diketuai Inspektor Zulkipli A Rahim.”



Orang ramai yang melihat rakaman video tersebut juga turut geram dengan lelaki berkenaan lagi-lagi sebab perbuatannya itu dilakukan ketika azan sedang berkumandang.

 Sumber: Facebook 

Hmm… Semoga pencuri tu diberikan hidayah…




Sumber : lobakmerah

#pencuri
#pencurimotor

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah