SHOPPE

Klip Video Lelaki Kantoi Ambil Gambar Bawah Skirt Gadis Cantik

Share:

Klip Video Lelaki Kantoi Ambil Gambar Bawah Skirt Gadis Cantik



Klip Video Lelaki Kantoi Ambil Gambar Bawah Skirt Gadis Cantik  | Tindakan seorang lelaki cuba merakam gambar bawah skirt seorang wanita yang duduk di belakangnya ‘kantoi’ apabila flash light telefon bimbitnya menyala ketika dia menekan butang rakam, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian pada 16 September lalu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Quezon, Filipina, sekumpulan pengunjung duduk di tangga tersebut.

Tanpa menyedari dirinya dirakam, suspek membuka kamera pada telefon bimbitnya dan meletakkannya di telinga sebelum mengarahkan kedudukan kamera itu pada mangsa yang duduk dalam keadaan ‘terbuka’ di belakangnya.

Suspek kemudian berpura-pura sedang bertelefon dan terus merakam gambar bawah skirt mangsa.
Mangsa yang menyedari lampu flash tersebut, terus segera merapatkan kakinya, manakala suspek terus bangkit dan beredar dari tempat kejadian.

Klip video kejadian itu viral di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Haha! Korang boleh nampak di skrin telefon yang jelas sekali dia buka kamera. Dia mungkin takut, itu sebab dia terus lari,” kata netizen.

sebelum ini di Malaysia juga gempar dengan kejadian memalukan ini




Pelajar tingkatan 3 rakam video bawah kain guru


KUALA LUMPUR – Lima pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di ibu negara disiasat polis selepas dipercayai terbabit merakam video bahagian kain dalam seorang guru wanita, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shukri Kaman berkata, berikutan kejadian itu, pihak sekolah telah memanggil kesemua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan sebelum mengenalpasti lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut.

“Setakat ini hanya dua dari pelajar terbabit yang dirakam keterangan adalah saksi berhubung kejadian tersebut, manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan biadap dan Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955.

“Bagaimanapun, segala tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan hanya akan diputuskan oleh pihak sekolah, bukannya polis,” katanya.

Terdahulu, beberapa pelajar yang terlibat merakam video bawah kain baju kurung seorang guru wanita pada jam 8.30 pagi Isnin.

Ketika kejadian, mangsa berusia 36 tahun yang mengajar subjek Bahasa Inggeris sedang membalut meja pelajar di kelasnya dan pelajar terbabit merakam gambar bawah kain baju kurung guru berkenaan menggunakan telefon bimbit mereka.

Malah, mereka mengenakan bayaran wang terhadap mana-mana pelajar jika mahu menonton rakaman tersebut sebelum tersebar ke telefon bimbit pelajar lain.

Perbuatan sekumpulan pelajar itu dikesan oleh seorang guru disiplin pada Rabu lalu, dua hari selepas rakaman itu dilakukan yang kemudian memaklumkan kepada guru wanita berusia 36 tahun itu, mengenai video berdurasi 10 saat itu yang viral dalam kalangan pelajar.

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis kerana merasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian. – The Reporter

Kesimpulan :

kepada wanita tutuplah aurat sebaik mungkin supaya anda tidak menjadi mangsa lelaki gersang. Jangan salahkan kaum lelaki jika anda sengaja belanja ‘barang’ di tempat umum



Sumber : HelangMerah

#kantoi
#lelakikantoi

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah