SHOPPE

Romantik Giler Pramugari Dilamar Kekasih Di Dalam Kapal Terbang, Tetapi Kemudian...

Share:

Romantik Giler Pramugari Dilamar Kekasih Di Dalam Kapal Terbang, Tetapi Kemudian...  



Romantik Giler Pramugari Dilamar Kekasih Di Dalam Kapal Terbang, Tetapi Kemudian... | Kini sudah menjadi ikutan buat pasangan yang ingin berkahwin apabila pasangan lelaki membuat lamaran atau wedding proposals di tempat yang terbuka. Selain ingin membuat kejutan buat pasangan wanita, mereka juga ingin momen kegembiraan bersama orang ramai.

19 Mei lalu, seorang pramugari telah menerima lamaran dari kekasihnya ketika mereka berada di dalam kapal terbang. Video saat indah mereka juga turut dikongsi oleh penumpang pesawat tersebut di laman sosial media. Tetapi tak lama selepas itu..




Pramugari hilang pekerjaan




Seorang pramugari dari salah satu syarikat penerbangan di China telah kehilangan pekerjaan selepas video dirinya dilamar oleh kekasih telah viral di laman sosial media. Video tersebut mula dikongsi oleh media dari China, iaitu Pear Video dan seterusnya Weibo, iaitu enjin carian utama di sana turut berkongsi video tersebut pada hari yang sama.

Lamaran telah dibuat 30 minit selepas kapal terbang berlepas dari Xi An ke Yinchuan. Dengan perasaan terkejut, pramugari tersebut menggunakan sistem pengumuman untuk mengucapkan terima kasih kepada penumpang kerana meraikan momen indah pasangan itu.

Walaubagaimana pun, menurut laporan Liaoning STV melalui Singapore’s Channel 8 pada 12 September lalu berkata syarikat penerbangan China Eastern Airlines telah menghantar surat kepada pramugari tersebut mengatakan bahawa dia telah dibuang kerja.

Sebabnya adalah tindakan teman lelakinya membuat lamaran itu akan membahayakan keselamatan penumpang, antaranya adalah membuatkan penumpang untuk menanggalkan tali pinggang keledar dan bergerak ke tempat yang berbeza di dalam pesawat. Perkara tersebut boleh menjejaskan keseimbangan dan aliran udara sebuah pesawat.

Walaupun begitu, ramai yang merasakan tindakan pramugari itu dipecat sebagai keterlaluan dan tiada sifat berperikemanusiaan.

Sumber: The Star | ohbulan

#romantik
#promugari

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah