SHOPPE

Seram!!!...Klip Video Hantu Budak Sekolah Nak Ikut Balik, Lihat Apa Ibu Ini Lakukan

Share:

Seram!!!...Klip Video Hantu Budak Sekolah Nak Ikut Balik, Lihat Apa Ibu Ini Lakukan



Seram!!!...Klip Video Hantu Budak Sekolah Nak Ikut Balik, Lihat Apa Ibu Ini Lakukan | Kanak-kanak berupaya untuk melihat makhluk halus yang berada di sekeliling mereka. Malah, keupayaan imaginasi mereka lebih tinggi berbanding orang dewasa. Sebuah rakaman video memaparkan aksi seorang kanak-kanak perempuan sedang berkomunikasi dengan ‘rakan hantu‘ di sekolah mendapat perhatian netizen.

Kejadian ghaib ini berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Songkhla, Thailand dan telah meraih tontonan sebanyak 5.6ribu. Seram tapi ini benar…




‘Mak dah cakap jangan pergi…’




Sebelum video ini dirakam, ibu kepada kanak-kanak perempuan ini telah melihat anaknya itu sedang bercakap sendirian di hadapan bilik komputer aras dua di bangunan sekolah itu. Malah, ibunya berasa hairan kerana tiada seorang individu pun berada di kawasan itu. Ini bukan kejadian pertama kerana anaknya itu pernah banyak kali bercakap sendirian dan kadang-kala kelihatan berkongsi minuman soda dengan ‘rakan ghaibnya’ itu.

Video ini menyaksikan perbualan ibu bertanyakan kepada anaknya mengenai ‘rakan ghaib’ yang sering mengekori mereka.

Anak: Adik kat atas tu lapar nasi.

Mak: Adik mana?

Anak: Adik yang ikat rambut, pakai kasut warna merah jambu. Badan dia kecil.

Mak: Beritahu adik tu, jangan ikut kita. Adik duduk sini la ye.

Ibu ini agak khuatir dan bimbang akan anaknya itu. Dia memaksa anaknya untuk memberitahu siapa dan identiti sebenar ‘rakan ghaibnya’ itu.

Mak: Beritahu adik tu, jangan datang kacau kita. Beritahu dia yang kita balik rumah dulu. Nanti esok kita datang, dia tak payah ikut kita balik. Tak boleh balik sekali, kereta mak penuh… tak muat…

Kanak-kanak itu turut menyampaikan pesanan ibunya kepada ‘rakan ghaib’ itu. Kedengaran juga suara misteri yang membalas perkataan ‘krub‘.


Sumber: Kru Ju Taksapron Yodthong | ohbulan

#ngeri
#seram

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah