SHOPPE

Gara-Gara Video Terbaru, Aliff Syukri Teruk Dihentam Netizen

Share:

Gara-Gara Video Terbaru, Aliff Syukri Teruk Dihentam Netizen


Gara-Gara Video Terbaru, Aliff Syukri Teruk Dihentam Netizen | Baru beberapa hari post, muzik video lagu terbaru Dato’ Aliff Syukri dah trending No. 1 di YouTube!
Pastinya ia menggembirakan pengasas kosmetik D’Herbs itu seperti dipost dalam akaun Instagramnya, @aliffsyukriterlajaklaris.

 Sumber: YouTube

Lebih 1.6 juta Tontonan, Trending No. 1 YouTube

Muzik video ‘Bobo Di Mana’  bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia yang diperdengarkan secara rasmi di channel TV Terlajak Laris telah menerima lebih 1.6 juta tontonan dan 156,000 Unlike hanya dalam masa tiga hari.

 Sumber: Instagram

Sebelum ini, Dato’ Aliff pernah menerima tamparan hebat daripada orang ramai termasuk ditegur rakan-rakan selebriti lain seperti bekas pelakon dan personaliti TV, Wardina Safiyyah apabila Aliff kongsikan klip pendek video ini.

“Maafkan saya. Moga Datuk dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya. Wallahualam.




“Mohon Datuk padam video IG bersama dua ‘wanita’ yang menggoyangkan dan menayangkan buah dada mereka. Menjijikkan,” kata Wardina selepas klip itu dipertontonkan sebelum Hari Raya Haji lepas.

“Berdarah telinga dan buta mata aku tengok!”

Tapi, nampaknya macam netizen masih tak berpuas hati dan menganggap Dato’ Aliff belum belajar daripada peristiwa lalu selepas dia juga pernah ditegur oleh bonda tersayang, Rozita Ibrahim.


Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Instagram

Populariti video ini nampak gaya macam akan terus-menerus trending di media sosial. Dikecam atau tidak, ia masih no 1!

Boleh view video yang sedang trending tu kat sini:



Sumber : lobakmerah

#aliffsyukri
#nursajat

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah