SHOPPE

Pakai Baju Renang Ketat, Fasha Sandha Dikecam Netizen

Share:

Pakai Baju Renang Ketat, Fasha Sandha Dikecam Netizen





Pakai Baju Renang Ketat, Fasha Sandha Dikecam Netizen | Selebriti memang menjadi tunpuan masyarakat sekarang ni. Sejak kebelakangan ini ramai yang mempersoalkan imej pelakon Fasha Sandha yang semakin seksi berbanding sebelum ini. Terbaru, Fasha ada memuat naik sekeping fotonya memakai baju renang.




Foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang menyifatkan pakaian renang yang digayakan oleh Fasha itu agak mencolok mata. Kata netizen lagi, pakaian tersebut tidak sesuai dengan imej Fasha yang merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata.



Netizen juga mendakwa Fasha dilihat seperti mahu mencari publisiti murahan. Bagaimanapun, Fasha memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas komen-komen berbentuk kecaman tersebut.


Namun, ada juga peminatnya yang mempertahankan tindakan Fasha dengan mengatakan pakaian renang yang dipakai oleh Fasha itu sesuai dengan aktiviti renang yang dilakukan oleh pelakon jelita itu.

Mungkin Fasha Sandha sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya, tapi apa yang dikatakan oleh netizen mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang pada artis kesayangan mereka.




SUMBER  ASTRO GEMPAK

#fashasandha




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah