SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Nina Iskandar

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Nina Iskandar


Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Nina Iskandar | Siapa sangka pelakon cantik manis Nina Iskandar ni berasal dari Brunai. Terkejut kan?.

Nina Iskandar atau nama penuhnya Nur Akmalina binti Iskandar adalah seorang pelakon wanita kelahiran negara Brunei Darussalam.

Beliau mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi filem ‘Mukasurat Cinta’ arahan Pierre Andre dan terkini muncul dalam pula dalam telefilem berjudul Jasmine yang ditayangkan dalam slot Skrin di TV9.

Untuk makluman, Nina Iskandar terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya Brunei menerusi drama Erna Suraya yang membabitkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB), sebelum berhijrah ke Malaysia.




Sementara kemunculan pertamanya dalam filem adalah menerusi ‘Ada Apa Dengan Rina?’ arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang mengetengahkan loghat Melayu Brunei sebagai bahasa pengantar.

Biodata Dan Profile Lengkap Nina Iskandar

Nama Penuh: Nur Akmalina binti Iskandar
Nama Komersial: Nina Iskandar
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Asal: Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Tempat Tinggal Sekarang: Kuala Lumpur, Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Berdarah Kacukan Melayu-Pakistan-Cina
Keluarga: Anak kedua dari empat adik-beradik
Pendidikan: Bekas pelajar bidang Pengurusan Perniagaan di Kolej International Graduate Study (IGS), Bandar Seri Begawan, Brunei
Pekerjaan: Pelakon dan Model
Tahun Aktif: 2011–kini
Syarikat Pengurusan: MIG Talent
Filem: Perempuan Muka Surat Tujuh, Sniper, ‘Lu, Gua Bro’, Muka Surat Cinta, Pengantin Malam, Ada Apa Dengan Rina?, Hospital
Drama: Balkish, Rintihanku, Jika Itu Takdirku, Raya Ni Mesti Kahwin, Dendam Semalam, Papa Ricky (2017)
Andainya Takdir (2017)

Media Sosial Nina Iskandar

Instagram: @ninaiskandar
Twitter: @OfficialNinaIsk
Facebook: @officialninaiskandar
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nina_Iskandar

Fakta-Fakta Menarik Tentang Nina Iskandar

Berhijrah ke Malaysia untuk mencipta nama sebagai seorang pelakon.
Pernah memakai tudung sebelum ini, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.
Mengambil keputusan untuk berhenti belajar di di Kolej International Graduate Study (IGS), Brunei kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya sebagai pelakon.

Gambar-Gambar Terkini Nina Iskandar












Sumber : buletinmedia

#ninaiskandar
#biodataninaiskandar






No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah