SHOPPE

Kerja Dari Rumah Dengan Income 5 Angka Rupa-Rupanya...

Share:

Kerja Dari Rumah Dengan Income 5 Angka Rupa-Rupanya...

penipuan kerja dari rumah

Kerja Dari Rumah Dengan Income 5 Angka Rupa-Rupanya... | Indah khabar dari rupa. Masa korang scroll-scroll Facebook, mesti korang pernah terbaca iklan yang tulis macam ni kan,

“Kerja mudah dari rumah!! Pendapatan cecah RM3-RM5k sebulan. Gaji dibayar 3 kali. Hanya online di FB, WeChat dan cash dibayar terus ke akaun anda. Tinggalkan nombor telefon anda. Saya nak bantu orang yang rajin sahaja.”

 Sumber: Facebook 

Bila baca je iklan macam ni, korang apa lagi mesti nak apply kan? Yelah sapa yang tak nak dapat gaji RM5,000 sebulan dengan workload yang tak berat dan tak perlu pun masuk office kan?

Tapi menurut posting Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), eloklah korang berhati-hati kalau nampak iklan macam ni di media sosial. Ia sejenis scam skim kerja dari rumah yang hanya janjikan korang pendapatan lumayan but in the end korang habuk apa pun tak dapat! Aiyok!




PDRM senaraikan ciri-ciri penipuan skim ni. Antaranya ialah: 

1. Korang perlu membuat pembayaran pendahuluan/yuran.
2. Skop kerja yang terlalu mudah dan sempurna. Contohnya, tak memerlukan sebarang pengalaman. Kerja ikut masa sendiri. Pendapatan mingguan cecah lima angka.

 Sumber: Facebook

Modus operandi yang scammer skim kerja dari rumah:

1. Suspek gunakan ‘fake account’ sebelum membuat pengiklanan di group-group media sosial.

 Sumber: Facebook

2. Gunakan alamat yang palsu atau tak wujud. Contoh seperti pejabat-pejabat yang kosong bagi elakkan identiti mereka terdedah.
3. Berurusan dengan individu dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan tak ada nombor telefon rasmi pejabat.
4. Suspek meminta alamat korang untuk pos dokumen berkaitan.

 Sumber: Facebook

5. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos.

Haa kalau ada modus operandi macam kat atas ni, sahlah korang dah kena tipu!

So kalau takut tak nak terkena dengan skim jenis macam ni, korang please jangan mudah terpedaya dengan iklan yang nampak ‘too good to be true’ dan kalau rasa ragu-ragu dengan syarikat yang korang berurusan, jangan bank-in wang kat akaun yang korang tak kenal! Take note ni ye!

Selain daripada posting ni, pihak PDRM jugak ada kongsikan pengalaman mangsa yang dah kena tipu dengan scammer jenis macam ni. RM60.00 dah bank-in tapi last-last risalah yang kononnya korang kena lipat, pos dan lain-lain tu tak sampai-sampai pun kat umah. Hadoi!

 Sumber: Facebook 

Hati-hatilah kalau nampak iklan macam ni. Gaji yang ditawarkan memang lumayan tapi kalau fikir balik macam tak logik je dengan jenis kerja yang dorang suruh korang buat. Be smart gais! Jangan mudah tertipu.



Sumber : lobakmerah

#kerjadarirumah

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah