SHOPPE

Pengakuan Benar Gadis Cantik Yang Ketagih Onani

Share:

Pengakuan Benar Gadis Cantik Yang Ketagih Onani




Pengakuan Benar Gadis Cantik Yang Ketagih Onani  | Wanita juga boleh melakukan onani, mastubasi atau melancap ini. Malah ada diantara kita yang tidak tahu tindakan yang dilakukan tersebut adalah onani.

Antaranya ialah mengosok kemaluan terutamanya kelentit sehingga merasakan kenikmataan. Ia mungkin disebabkan oleh pengaruh video lucah dan mungkin sebab faktor lain seperti pernah dirogol, terlanjur dengan seks luar nikah dan sebagainya.




Berikut adalah antara artikel daripada harian metro berkenaan perkara ini:

Kes Pertama

SAYA berusia 21 tahun, bertudung dan gemar berpakaian sopan. Saya juga seorang yang sangat pemalu, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kaum lelaki.

Masalahnya, saya mempunyai nafsu berahi yang agak kuat dan sering berkhayal mengenai seks malah kadang kala melakukan onani apabila nafsu membuak-buak terutamanya selepas menonton cerita lucah.

Adakah perbuatan saya beronani itu berdosa kerana jika tidak melakukannya saya bimbang akan terjadinya zina.

NUR
Kemaman, Terengganu

jawapan:

Memang ada sebahagian wanita mempunyai nafsu berahi yang luar biasa.
Nasihat bagi wanita mengalami masalah ini ialah segera kahwin, apalagi dalam usia saudari yang sudah dewasa.

Melakukan onani dan menonton filem berahi tidak akan menyelesaikan masalah anda dalam jangka waktu panjang, sebaliknya boleh memudaratkan rahim yang masih dara kerana tangan yang digunakan agak kasar pada bahagian tersebut.

Beronani dan berzina adalah ditegah dalam agama walaupun ada pandangan mengatakan dosa onani lebih ringan berbanding berzina
Hmetro

Kes Kedua

ASSALAMUALAIKUM, Datuk. Saya berumur 20-an dan pernah dijadikan tempat untuk melampiaskan nafsu oleh bapa angkat saya ketika kecil.

Sejak kejadian itu, saya seakan-akan ketagih untuk melakukan hubungan seks. Kadang kala saya beronani kerana tidak tahan melawan nafsu.

Adakah saya berdosa kerana melakukan perkara tersebut dan apakah yang sewajarnya saya lakukan bagi mengelak melakukan onani? Perlukah saya berkahwin?

SUMAYYAH

Jawapan

Allah tidak akan mengharamkan sesuatu perkara melainkan menghalalkan perkara lain sebagai ganti.
Jika berzina dan onani itu dilarang maka yang halal bagi manusia untuk melampiaskan nafsu ialah menerusi perkahwinan.

Jikalau sudah terlanjur melakukan perkara maksiat dan tidak bertaubat, ia akan menjadi satu ketagihan.

Seeloknya melakukan taubat dan memohon ampun daripada Allah. Kemudian carilah lelaki yang baik untuk berkahwin secara halal dan memenuhi sunnah Nabi.

Penuhilah kehidupan dengan aktiviti berguna dan mencari ilmu supaya tidak tersasar.
Hmetro

Kes Ketiga

SAYA remaja berusia awal 20-an dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkemuka. Tiga tahun lalu, saya pernah terlanjur bersama bekas kekasih dan kini menyesal dan bertaubat bersungguh-sungguh.

Masalahnya, saya masih dihantui keterlanjuran itu serta ia masih bermain di fikiran.
Saya sering membayangkan semula perbuatan itu bersama bekas kekasih hingga mendorong melihat gambar dan video lucah kerana tidak tertahan dengan nafsu hingga menjejaskan ibadat saya termasuk pada bulan puasa.

Saya sering kali memohon ampun dan solat taubat tapi nyata nafsu tetap menguasai diri. Saya juga melakukan onani bagi melampiaskan nafsu tetapi kemudian bertaubat kembali. Perkara ini berulang-ulang hingga menjejaskan pelajaran dan ibadat saya.

Saya banyak membaca al-Quran dan berzikir tetapi perbuatan keji saya hanya berkurangan sedikit namun masih gagal meninggalkannya terus.

Saya ingin melupakan perkara (membayangkan kembali hubungan seks saya dengan bekas kekasih) dan perbuatan onani ini sepenuhnya.

Bantulah saya yang sangat buntu ini. Saya malu dengan diri sendiri dan juga malu untuk meluahkan masalah di depan ustaz yang tinggal berhampiran.

INGIN BERTAUBAT,
Kuala Lumpur

TAHNIAH Dr ucapkan kepada adik kerana berani berkongsi masalah berkaitan desakan seks tidak terkawal. Dr akui tidak ramai remaja yang berani meluahkan masalah seksual mereka.

Sifat berani berkongsi masalah seksual yang sering dilihat sensitif adalah permulaan kepada satu perubahan. Dalam menyelesaikan sebarang persoalan kehidupan, kesediaan individu mengakui dirinya bermasalah dan inginkan perubahan adalah laluan kepada penyelesaian.

Tidak dinafikan, seks antara keperluan biologikal dan fitrah setiap insan dalam melayari kehidupan masing-masing. Dr faham masalah onani disebabkan fantasi seksual adik. Fantasi seksual sudah lama dilihat sebagai satu cara untuk memenuhi keperluan seksual atau libido lelaki.

Onani pula antara satu cara memenuhi fantasi seksual. Masalah adik ini juga dialami sesetengah remaja pada peringkat umur adik.

Memang sukar untuk mengawal nafsu pada peringkat umur adik kerana tahap ini adalah proses dan persediaan kepada alam dewasa. Namun ini tidak bermakna adik tidak perlu berterusan berusaha menghentikan perbuatan onani itu.

Dr doakan keinginan dan azam yang kuat untuk berubah akhirnya dapat mengatasi keperluan biologikal serta seksual adik.

Berhenti secara mendadak adalah sukar tetapi adik bertuah kerana mempunyai kesedaran untuk berubah. Teori pembelajaran mengatakan untuk menghapuskan sesuatu tingkah laku perlu mempunyai langkah tertentu dan mengambil masa.

Sebagai manusia biasa, adik mempunyai kekuatan, kelemahan dan limitasi sendiri.
Kekuatan psikologi amat perlu untuk adik menjauhi perbuatan onani selain elakkan mencari bahan lucah seperti menonton video lucah.

Setiap kali idea untuk menonton video lucah datang, katakan pada diri adik, “jangan lakukannya, ia hanya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.” Beri perhatian kepada perkara lain.

Sebagai pelajar, amat baik jika adik menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Adik perlu meneruskan usaha untuk berubah dengan melakukan amalan positif seperti berzikir, taubat nasuha dan membaca al-Quran.

Salah satu jalan membendung nafsu syahwat dengan berpuasa dan bermuhasabah diri.
Memelihara pancaindera zahir seperti mata, lidah, telinga, deria bau, tangan, kaki dan kemaluan adalah langkah kepada pengurangan serta mengakhiri perbuatan onani adik.

Bagi mengurangkan keinginan nafsu, adik boleh meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah termasuk beriadah dan melakukan aktiviti bersama rakan.

Jika usaha mengurangkan keinginan seks sudah dilaksanakan dengan jihad yang bersungguh-sungguh dan kental tapi syahwat nafsu masih lagi tidak terbendung, jalan lain adalah melalui pernikahan. Itu antara penawarnya.

Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi sebarang kesilapan dalam melengkapkan kehidupan ini.

Kesilapan masa lampau adalah pedoman dalam menghadapi masa akan datang. Semoga adik berjaya menghilangkan ketagihan perbuatan onani itu.
Hmetro

Antara cara untuk mengelakkan daripada ketagihan ialah
1. Berpuasa
2. Bersukan
3. Jangan bersendirian
4. Jangan fikirkan tentang perkara yang merangsang keinginan seks.

Ketagihan melampau boleh membuatkan bahagian organ anda mungkin hilang sensitiviti jika melakukan rangsangan kepada klitoris yang melampau.

Malah jika mereka yang masih mempunyai selaput dara,melakukan onani seperti memasukkan jari ke dalam faraj akan memecahkan selaput dara tersebut


Sumber : masalahwanita.com/Helangmerah.com

#krt
#kisahrumahtangga






No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah