tet

Kejam!!!...Ibu Bakar Anak Hidup-Hidup Dihukum Mati

Share:
Kejam!!!...Ibu Bakar Anak Hidup-Hidup Dihukum Mati



HANYA kerana berbeza keturunan, seorang ibu sanggup membunuh anak gadisnya dengan membakar gadis itu hidup-hidup selepas dia berkahwin dengan kekasihnya, pada bulan Jun lalu.




Sebagai balasan, si ibu, Parveen Bibi yang berasal dari Lahore, timur Pakistan, telah dihukum mati oleh mahkamah selepas didapati bersalah membakar Zeenat Rafiq, yang berusia 18 tahun.

Ketika kes dibicara, Parveen didapati mencurahkan minyak tanah ke atas anaknya dan tanpa belas kasihan, dia menyalakan api ke atas Zeenat.

Selepas membunuh Zeenat, Parveen keluar ke jalanan dan meraung dengan memberitahu jirannya bahawa dia telah membunuh anaknya itu kerana membawa malu kepada keluarga.

Zeenat berketurunan Punjabi manakala suaminya, Hassan Khan adalah dari etnik Pashtun. Perbezaan keturunan itu dianggap oleh keluarga Zeenat sebagai mencemarkan maruah dan memalukan mereka.

Menurut Hassan, isterinya itu keberatan untuk kembali ke rumah keluarganya namun dia bersetuju selepas ibu bapanya berjanji untuk meraikan perkahwinan mereka dan tidak mencederakannya.

“Zeenat pada mulanya agak berat hati untuk balik ke rumah ibunya dan memberitahu dia akan dibunuh oleh keluarganya namun selepas bapa saudaranya memberi jaminan akan keselamatannya, dia bersetuju untuk balik.

“Dia akhirnya meninggal dunia,” kata Hassan.

Selain Parveen, mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas abang Zeenat iaitu Anees Rafique kerana membantu ibunya membunuh adiknya itu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah