SHOPPE

Berita Malang Buat Semua Lelaki...Dr. Soo Wincci Belum Sedia Bercinta Fokus Kerjaya Dulu

Share:
Berita Malang Buat Semua Lelaki...Dr. Soo Wincci Belum Sedia Bercinta Fokus Kerjaya Dulu

soo wincci naked


MEMANDANGKAN usianya bakal memasuki 32 tahun, pelakon dan penyanyi jelita, Dr. Soo Wincci pastinya tidak dalam lari ditanya mengenai soal mendirikan rumah tangga.




Pun begitu, bagi Miss World Malaysia 2008 ini dia akui masih belum bersedia mendirikan perkahwinan termasuk menjalinkan hubungan cinta.

Jelas Soo Wincci, dia terpaksa mengetepikan soal itu kerana mahu merealisasikan impiannya dalam kerjaya seni dan pengajiannya.

“Jujur kata saya ingin mempunyai kekasih hati namun buat masa ini, saya perlu mengetepikan soal cinta selama beberapa tahun demi mencapai impian saya.

“Sekarang, tanggungjawab saya bertambah besar selepas menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah, apatah lagi mendirikan rumah tangga yang bebanannya lebih berat.

“Ibu dan bapa sentiasa bertanyakan soal perkahwinan namun, saya terpaksa berterus terang kerana enggan memberi harapan kepada mereka,” katanya kepada BLING!.

Sebelum ini, Soo Wincci pernah memberitahu, dia tidak akan berkahwin sekiranya impiannya untuk mendirikan universiti sendiri belum lagi tercapai.

Mengikut ramalan kalender masyarakat Cina, tahun ayam api ini dipercayai merupakan waktu terbaik untuk mencari pasangan buat individu yang masih bujang dan mendirikan rumah tangga bagi pasangan kekasih.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah