SHOPPE

Kisah Menyanyat Hati Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

Share:
Kisah Menyanyat Hati Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my



SHAH ALAM – Niat sepasang suami isteri untuk berpindah ke rumah sewa baharu yang lebih selesa terbantut apabila rumah yang dijanjikan gagal diduduki selain mengalami kerugian RM800 gara-gara ditipu.




Mangsa menerusi luahan di laman Facebook mengatakan sudah lebih dua minggu individu yang dikenali sebagai Mohd Noor Firdaus Norman yang kononnya mahu menyewakan rumahnya kepada mereka, tidak dapat dihubungi.

“14 Januari dia kata dia berada di Terengganu kerana isterinya sedang bersalin anak sulung dan akan datang ke Shah Alam pada hari Sabtu. Tetapi haram, sampai hari ini kami tunggu, telefon dan mesej semua tak dapat.


“Dalam masa seminggu, tak pasti berapa ramai yang sudah menjadi mangsa lelaki ini,” kata Maisya Ghani.

Menurutnya, dia dan suami berminat untuk mendiami rumah teres dua tingkat di Seksyen 6, di sini yang diiklankan lelaki terbabit melalui laman sesawang Mudah.my.


Setelah berpuas hati melihat keadaan rumah dari luar dan bersetuju dengan bayaran bulanan, mangsa terus membuat pembayaran booking sebanyak RM800 ke akaun bank lelaki itu pada 5 Januari.



Namun, apabila mangsa menghubungi lelaki itu semula pada 9 Januari untuk berjumpa di rumah sewa, tiada sebarang respon yang diterima sebelum menyedari dirinya ditipu.

“Bila search (semak) nombor telefon dia dalam Facebook, ada orang lain yang pernah menjadi mangsanya. Rumah yang sama dan modus operandinya juga sama.

“Penipu ini pandai, dia jarang reply mesej/call,” kata Maisya.


Ekoran kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, jam 8.33 malam semalam dan turut menasihati orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan individu terbabit.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah