Namun video yang dikongsi itu mengundang kritikan daripada netizen gara-gara video tersebut jelas memperlihatkan perut dan lubang pusatnya akibat baju yang digayakan sewaktu sesi photografi itu terlalu ketat.
Pelbagai tohmahan dilemparkan oleh pengguna laman sesawang terhadap ibu tunggal ini.
“Diri sendiri nampak yang dalam video ni bajunye ketat ya amat…tapi nak tunjuk juge video ni sebab nak suruh puji die kurus dan die rase cantik dan comel la menari gitu…kui3,” tulis kashaf_izwan.
Manakala _nurulazah yang bengang dengan Fasha melontarkan kata-kata seperti berikut;
“Yukss!! Tak senonoh!! Pakai sendat…Orang bagi nasihat… Tak nak dengar… Gi menari tiang laa terus… Nak buat dose kan? Ade otak tak nak pikir… Publisiti murahan 😪😪😪.”
Fasha yang telah lebih sedekad berada di dalam industri hiburan tanah air nampaknya tidak berdiam diri di atas kecaman yang diberikan kepadanya.
Menurut heroin drama bersiri Lara Aishah ini, dia tidak mahu berpura-pura dengan bentuk tubuhnya dengan memakai korset atau fake items atau sebarang aplikasi untuk kelihatan kurus dan ramping.
Meskipun banyak kecaman yang diterima, namun ada segelintir peminat Fasha yang tidak kisah dengan penampilan artis pujaan mereka itu malah bangga dengannya kerana berjaya menjaga bentuk badan walaupun sudah beranak dua.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)