SHOPPE

Tudung Usahawan Ini Laku Gara-Gara Wajah Iras Che Ta

Share:
Tudung Usahawan Ini Laku Gara-Gara Wajah Iras Che Ta


DEK kerana wajah mirip pelakon terkenal Rozita Che Wan, seorang usahawan wanita mengaku ‘tuah’ itu sedikit sebanyak telah membantu melariskan perniagaan tudungnya.




Bukan sahaja peniagaan tudungnya laku keras, tetapi Rosnizan Md Nawi, atau lebih mesra dipanggil Che Zan dapat merasai kehidupan bak selebriti apabila sering dikerumuni ‘peminat’ yang menyangkakan dia adalah Che Ta.

“Memang ada orang kata (macam muka Che Ta) dan keliru. Saya tidak pernah kata (begitu). Nanti orang ingat saya perasan pula.

“Tetapi mungkin kebetulan muka sama. Rezeki saya ada di situ. Orang kata, perniagaan Ilham Qaseh laris, alhamdulillah itu tempiaslah.

“Tumpang populariti tiadalah, sebab Che Ta itu siapa, saya ini biasa-biasa saja,” kata Che Zan.



Mengimbas kembali detik didekati’ peminat’ yang mengangkakan dia adalah Che Ta, pada majlis Anugerah Melodi bulan lalu, anak kelahirkan Kelantan ini mengakui berasa teruja.

“Ada orang hendak bersalam, terus bergambar. Ada juga yang tanya ‘muka macam Che Talah. Boleh tidak kalau hendak bergambar?

“Ada seorang lelaki ekori saya sehingga ke lif semata-mata hendak mengesahkan sama ada betul ke saya ini Che Ta. Takut juga masa itu.

“Nasiblah tiada apa-apa. Tapi walaupun lepas itu dia tahu tersalah orang, dia malu. Yang lagi kelakar, dia nak bergambar juga,” katanya

Meskipun memiliki tuah wajah mirip Che Ta, ibu kepada tiga anak ini akui dia juga sudah berusaha keras selama tiga tahun untuk memajukan perniagaan tudungnya.

Malah, hingga kini dia sudah mempunyai lebih 300 pengedar di dalam dan luar Malaysia.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah