Katelyn Nicole Davis, dari Cedartown Georgia, meninggal dunia pada 30 Disember lalu. Malangnya video dia menggantung diri di halaman rumahnya itu telah menjadi viral.
Meskipun banyak pihak meminta supaya video terbabit ditarik balik namun polis memberitahu mereka tidak dapat menghalangnya daripada dikongsi oleh laman web.
“Kami juga mahu video itu dibuang sama seperti keluarganya kerana ia mungkin membahayakan kanak-kanak lain. Kami telah menghubungi laman web terbabit dan mereka bertanya sama ada mereka perlu melakukannya kerana mengikut undang-undang mereka tidak perlu.
“Tapi ia merupakan perkara bermoral yang boleh dilakukan,” kata salah seorang anggota polis.
Katelyn pernah menulis di dalam blognya dengan menggunakan nama `Dolly’ bahawa dia telah didera dan turut menyenaraikan penderaan yang dialami termasuk dipukul dengan tali pinggang.
Dia juga memberitahu saudaranya itu cuba merogolnya. Lelaki itu juga dikatakan menyuruh Katelyn menggantung diri apabila dia meminta lelaki itu menghentikan perbuatannya.
Gadis cilik itu turut menyatakan sedang mengalami kemurungan dan telah membincangkan beberapa kaedah untuk membunuh diri.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)