SHOPPE

Wanita Seksi Jadi Umpan Ah Long Kutip Hutang

Share:
Wanita Seksi Jadi Umpan Ah Long Kutip Hutang



KUALA LUMPUR ― Jika dahulu cara kekerasan digunakan sindiket pinjaman wang haram atau ah long termasuk simbah cat merah dan ugut, kini taktik baharu dengan wanita seksi sebagai umpan untuk mengutip hutang.




Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong mendakwa, taktik hantar wanita yang berpakaian amat menjolok mata ke tempat kerja si peminjam itu semakin banyak digunakan ah long sejak dua hingga tiga tahun lalu.

“Apa yang rakan sekerja atau majikan anda fikir apabila mereka melihat perempuan muda memakai skirt pendek menunggu anda di pejabat atau ruang menunggu untuk berjumpa anda?” soalnya kepada New Straits Times.

Ia amat memalukan walaupun mereka kata dari agensi kutip hutang. Lebih teruk wanita berlainan dihantar setiap hari sehingga menyebabkan rakan mangsa pula mengesyaki si peminjam ada satu atau lebih perempuan simpanan.

Kata Michael, beberapa wanita diupah ah long untuk melakukan kerja kotor yang dianggapnya sebagai strategi bijak sehingga memaksa peminjam membayar segera hutang kerana bimbang ia menjatuhkan imej ‘air muka’ mereka.

Beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun lepas sahaja, pihaknya mendapat sebanyak 639 aduan mengenai kegiatan ah long yang membabitkan wang pinjaman berjumlah RM59 juta.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah