SHOPPE

Memalukan!!!...Pasangan Pelajar Guna Bilik Kosong Sekolah Jadi ‘Port’ Memadu Asmara

Share:
Memalukan!!!...Pasangan Pelajar  Guna Bilik Kosong Sekolah Jadi ‘Port’ Memadu Asmara



GOLONGAN remaja kini semakin berdepan dengan ancaman keruntuhan moral apabila semakin berani melakukan hubungan seks dalam usia yang cukup mentah.




Lebih membimbangkan apabila remaja yang juga pelajar sekolah sanggup melakukan hubungan seks tanpa mengira tempat sehinggakan kawasan sekolah turut dijadikan ‘port‘ melampiaskan keinginan seksual mereka.

Seorang wanita yang menguruskan sebuah rumah perlindungan bagi gadis yang hamil anak luar nikah berkongsi perbualannya dengan bekas pelajar sekolah yang sudah terlanjur.


Bekas pelajar perempuan yang dipercayai berusia 19 tahun mendedahkan dia melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik kosong di sekolah setiap petang tanpa rasa takut.

Dalam perkongsian tersebut, bekas pelajar tingkatan enam itu mengakui melakukan hubungan seks setiap petang tanpa rasa takut dan selepas tamat persekolahan dia merasa ketagih untuk berasmara.


Menerusi akaun Facebook, Baitus Solehah, wanita yang dikenali sebagai Muna Liza Ismail menjelaskan pelajar tersebut bersama teman lelakinya belajar di satu sekolah dan tinggal di asrama disebabkan rumah yang jauh.

“Bila ada peluang, projek berjalan tanpa rasa cuak. Mula sekali, kemudian diulangi lagi. Akhirnya ketagih apabila sudah tamat sekolah,” kongsinya.

Menurutnya, pelajar tersebut kini sedang mengandung hasil daripada ketelanjurannya ketika sebelum menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Jika sekarang, usia kandungan sudah memasuki 21 minggu, bermakna ketika menduduki STPM yang lalu kandungan sudah 14 minggu, lebih dari 3 bulan.

“Selepas tamat peperiksaan STPM, masing masing pulang ke rumah keluarga. Sudah payah untuk berjumpa. Yang lelaki katanya sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi perbuatan itu. Yang perempuan pulak, makin sepi, sunyi, gersang menjadi sangat sangat ketagih walaupun sedang mengandung. Emak bapa belum tahu, perubahan fizikal belum kelihatan,” tulisnya.

Jelasnya, kisah yang dikongsikan ini dapat membuka mata pihak sekolah untuk mengambil tindakan sewajarnya seperti mengunci semua bilik bilik yang tidak digunakan.

“Jika bilik itu mahu digunakan sebagai aktiviti persatuan, pastikan ada pemantauan oleh pihak berwajib. Jangan buka peluang untuk pelajar berdua duaan melakukan projek di dalamnya.

“Kita tidak boleh menangani kes zina di luar, kita tangani kes zina di kawasan kita,” tulisnya yang turut berkongsi nasihat kepada pihak sekolah.

Ini antara nasihatnya:

1. Pintu pagar sekolah hanya dibenarkan dibuka menjelang 15 minit waktu perhimpunan.

2. Semua laluan tangga naik ke kelas di kunci sehingga selesai waktu perhimpunan. Biarlah beg pelajar bersama pelajar tanpa perlu diletakkan di dalam kelas terlebih dahulu.

3. Study group hanya dibenarkan dijalankan di kantin sekolah atau perpustakaan. Jangan benarkan di bilik kosong atau di bengkel, mana tahu study group itu cuma dihadiri dua orang saja berlainan jantina.

4. Apabila pelajar perempuan ke tandas, hanya benarkan jika pergi berdua dengan kawan perempuan yang lain.

5. Kunci semua bilik bilik kosong dan tandas yang jarang digunakan.

6. Bersihkan kawasan sekitar sekolah dari rumput yang panjang sehingga membatas pandangan.

Tegasnya, adalah sukar untuk menghalan untuk orang berzina namun orang ramai dinasihatkan untuk jangan memberi ruang dan peluang untuk aktiviti tidak bermoral itu.

“Saya menulis dari kisah benar dan dari pengalaman yang dilalui sebagai seorang guru suatu ketika dulu. Segera minda saya terbayang ruang ruang dan peluang untuk pelajar berzina tanpa kita sedari.

“Datang sekolah bukan semata mata untuk menuntut ilmu, bahkan mempraktikan ilmu yang tidak diajar di sekolah. Habis belajar dari mana? Smart phone, internet dihujung jari. Di mana lagi tempat selamat untuk anak anak belajar?” tulisnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah