SHOPPE

Ibu Tiri Dari Neraka Biar Anak Minum Air ‘Najis’

Share:

Ibu Tiri Dari Neraka Biar Anak Minum Air ‘Najis’




INGATKAN persepsi ibu tiri kejam sudah tidak lagi wujud tapi rupa-rupanya masih ada lagi ibu tiri berhati durjana yang tergamak mendera anak tirinya sendiri.




Selama 16 tahun lamanya Caroline Sharp, 65, mendera mental dan fizikal dua anak perempuan tirinya dan seorang anak kandungnya sendiri sejak 1975 hingga 1991.

Namun perbuatan kejamnya hanya dilaporkan kepada pihak polis pada 2015 oleh salah seorang anak tirinya itu.

Antara kekejaman yang dilakukan Caroline, dia tidak memberikan makanan dan minuman bersih selain memaksa anak tirinya minum air dari sumber air mangkuk tandas.

Selain itu, tiga beradik itu juga terpaksa curi-curi makan pada waktu malam selain mereka tidak dibenarkan mandi dalam tempoh enam minggu sekali.

Mereka juga tidak diberikan bekalan tuala wanita jika datang bulan, sebaliknya mereka perlu melapik seluar dalam dengan surat khabar sekiranya period.

Caroline yang berasal dari North Linclonshire, United Kingdom dipenjara dua tahun selepas mengaku salah dengan pertuduhan kekejaman terhadap kanak-kanak selepas kesnya dibicarakan, baru-baru ini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah