Difahamkan, mangsa berusia 31 tahun itu mula mengunjungi bomoh terbabit di Kampung Bukit Baru Ayer Nasi Semeling, pada 23 Februari 2015 ditemani suaminya.
Ketika rawatan itu, mangsa mendakwa bomoh berusia 40-an itu memberinya beberapa ayat al-Quran untuk diamalkan, namun dia tidak pulih dan tetap meracau setiap kali selepas Maghrib.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, setiap kali meracau, suami isteri itu akan mengunjungi bomoh terbabit.
Katanya, pada pertengahan Mac 2016 mangsa mendakwa bomoh itu menggunakan pukau kepada dia dan suaminya hingga mengikut segala kemahuannya selain turut dirogol oleh suspek.
“Mangsa mendakwa dia dalam keadaan separuh sedar setiap kali dirogol suspek dan perkara itu hanya terhenti pada Mei apabila dia mengandung tiga bulan.
“Mangsa tidak lagi berjumpa bomoh itu, namun suspek menghubunginya pada Disember lalu dan meminta dia datang berubat dengannya selepas wanita itu melahirkan anak keempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, mangsa mendakwa bomoh itu mengugutnya selepas enggan mengikut kehendaknya.
“Mangsa kembali pulih awal bulan ini selepas dirawat oleh rakan suaminya dan nekad membuat laporan kejadian di Balai Polis Merbok, 8.48 malam tadi,” katanya.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, katanya.
Sebelum Dirogol
Sungai Petani: Seorang wanita mendakwa dirogol berulang kali oleh bomoh dari Bedong yang mengubati gangguan makhluk halus dialaminya antara Februari hingga Mei tahun lalu.
Difahamkan, mangsa berusia 31 tahun itu mula mengunjungi bomoh terbabit di Kampung Bukit Baru Ayer Nasi Semeling, pada 23 Februari 2015 ditemani suaminya.
Ketika rawatan itu, mangsa mendakwa bomoh berusia 40-an itu memberinya beberapa ayat al-Quran untuk diamalkan, namun dia tidak pulih dan tetap meracau setiap kali selepas Maghrib.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, setiap kali meracau, suami isteri itu akan mengunjungi bomoh terbabit.
Katanya, pada pertengahan Mac 2016 mangsa mendakwa bomoh itu menggunakan pukau kepada dia dan suaminya hingga mengikut segala kemahuannya selain turut dirogol oleh suspek.
“Mangsa mendakwa dia dalam keadaan separuh sedar setiap kali dirogol suspek dan perkara itu hanya terhenti pada Mei apabila dia mengandung tiga bulan.
“Mangsa tidak lagi berjumpa bomoh itu, namun suspek menghubunginya pada Disember lalu dan meminta dia datang berubat dengannya selepas wanita itu melahirkan anak keempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, mangsa mendakwa bomoh itu mengugutnya selepas enggan mengikut kehendaknya.
“Mangsa kembali pulih awal bulan ini selepas dirawat oleh rakan suaminya dan nekad membuat laporan kejadian di Balai Polis Merbok, 8.48 malam tadi,” katanya.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, katanya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : eberita
No comments
Thanks For Comment !!! :)