Wanita berusia 28 tahun dan tiga anaknya yang berusia dua hingga lima tahun tinggal bersama ibunya di Seri Kembangan di sini sejak beberapa bulan lalu selepas suaminya yang merupakan seorang pemandu lori didakwa tidak lagi pulang ke rumah.
Tindakan suaminya itu memberi tamparan hebat kepada wanita itu sehingga dia berubah menjadi wanita pemabuk dan suka merayau-rayau jika tidak diikat.
Satu sumber memberitahu, bagi mengatasi masalah wanita itu, ibu mangsa terpaksa menggunakan rantai besi sepanjang kira-kira satu meter dan dua mangga untuk merantai badannya dari leher sampai ke kaki.
Wanita itu dikatakan sudah diikat begitu sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, kata sumber itu, tidak diketahui bagaimana malam kelmarin, wanita terbabit berjaya meloloskan diri dari rumah keluarganya sebelum dia ditemui terbaring di tempat letak kenderaan di sebuah pusat hiburan di Serdang Raya di sini pada pukul 9.30 pagi semalam.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : eberita
No comments
Thanks For Comment !!! :)