Foto berkenaan dimuat naik oleh seorang pelancong wanita ketika berkunjung ke Pangkalan Panda Dujiangyang di Chengdu, China malahan telah menerima likes lebih 10 ribu kali sejak dimuat naik.
Menurut sebuah laman antarabangsa, Mirror UK, pihak pangkalan panda itu membenarkan pelancong untuk bermesra dengan haiwan yang dilindungi itu namun tidak kesemua panda di situ memiliki sifat fotogenik seperti yang dimiliki oleh Meng Meng.
Menerusi foto-foto yang tular, Meng Meng dilihat duduk dalam posisi tegak dan memegang tangan pelancong wanita itu ketika mereka hendak berselfie seolah-olah cuba ‘mengajar’ wanita itu sudut yang sesuai untuk membidik gambar mereka.
Selain itu, Meng Meng dirakam oleh beberapa pengunjung lain dalam keadaan pose dengan ‘tangannya’ diletakkan di bawah dagu turut mencetuskan ‘fenomena’ luar biasa.
Kekerapan pengunjung yang datang ke pusat jagaan dan penyelidikan tersebut telah menjadikan panda-panda itu terbiasa dengan manusia sehingga ia mampu meniru beberapa gaya atau aksi pengunjung ketika berswafoto.
Pangkalan Panda Dujiangyan merupakan di bawah kelolaan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China iaitu institusi terpenting di negara itu bagi pemuliharaan dan perlindungan haiwan tersebut.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
Memang panda itu lucu dan menggemaskan, apalagi bayinya.
ReplyDeleteLihatlah panda dan bayinya di Chengdu.
Tahukah anda warna ekor panda? Jawabannya ada di stenote-berkata.blogspot.com Semoga suka.